Read Time:1 Minute, 46 Second

Nampak macam temberang kan?Tujuan kain itu disebakan dengan perak ada penjelasan sainfiknya. Perak merupakan agen anti-bakteria yang berkesan, telah diketahui sekian lama mampu membunuh bakteria, kulat serta setengah jenis virus. Bagaimanapun sehingga kini kita masih belum benar-benar faham bagaimana bakteria mampu dibunuh oleh perak - penjelasannya masih misteri. Beberapa kajian sainfik mendapa ion perak yang terhasil mampu mengakibatkan bakteria menjadi gila sama seper makhluk zombi dalam filem 'Train to Busan', yang akhirnya akan bertindak memakan bakteria lain. Kajian terbaru pada tahun 2020 mendapati ion perak mampu mempercepatkan tindak balas protein dalam bakteria, menyebabkan jalinan-jalinan DNA bakteria tersebut terpisah lalu melemahkannya. Sebab itulah 'kain buruk' ini mahal. Ada perak! Kira macam barang kemas jugalah!
Jadi kenapa jenama kain pengelap ini baru tular di Malaysia?Ini kerana Norwex secara rasmi telah masuk ke pasaran negara kita hanya pada tahun 2019. Semua produk mereka mempunyai jaminan pulangan semula dalam tempoh 60 hari selepas pembelian sekiranya anda rasakan tak puas hati dan ada waran selama 2 tahun.

Kain buruk ada money back guarantee dan warranty? Tak masuk akal!Selepas mempelajari kemampuan microfiber dari Norway ini, barulah penulis faham mengapa isterinya siap beli tuala Norwex untuk saya dan anak-anak.

Average Rating