0 0
Read Time:1 Minute, 50 Second

Pasti ramai yang berniat untuk menyimpan di awal bulan, tup tup dapat gaji semua habis kadang-kadang tak sempat ke hujung bulan pun. Nak menyimpan duit ini memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk berjimat cermat dan berdisiplin, sama konsep dengan ‘diet’ nak kurus, kalau tidak ada disiplin memang ‘kelaut’ la jawabnya.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, yang penting fokus dan demi mencapai matlamat yang diimpikan contoh, simpan duit untuk berkahwin, bila duit dah cukup, dah kawin bolehlah lakukan seperti sebelum itu semula. Tapi bagaimana nak simpan duit? Jadi kami kongsikan tip saudara Hafizul Hakim ni, paling seronok kalau buat bersama pasangan. Akhir tahun boleh siap bercuti bersama dahhh.

Beliau praktikkan dan dia berjaya menyimpan RM5,580 setahun . Menarik, kan?

Ini Caranya :

  1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
  2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
  3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah. Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb. Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar. 3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya. Begitu, mudah je kan.

Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut. Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30+21

HASIL SETAHUN Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan Lebih kurang RM5,580.

Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?

  • Kumpul modal deposit rumah
  • Kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
  • Dana kecemasan keluarga
  • Dana pendidikan anak-anak
  • Dana umrah/haji – Spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.

Best kan! Seronok menyimpan macam ni! Best kan! Menarikkan dan bagus tip yang dikongsikan oleh lelaki ni, apa lagi jom tag pasangan masing-masing. Selamat menabung!

Posting asal disini:

Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting,…

Posted by Hafizul Hakim on Monday, July 30, 2018

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
admin@hafizulhakim.com
Berusia 34 tahun, telah berkecimpung dalam bisnes emas Public Gold selama 9 tahun. Merupakan Master Dealer termuda yang mencatatkan kelayakan jualan Sales Incentive Trip selama 7 kali. Aktif berkongsi ilmu emas di media social facebook dan instagram.

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply