Salah satu keistimewaan emas yang ramai orang tak tahu adalah ‘liquidity’, sangat mudah untuk dapatkan wang tunai.

Kad kredit adalah hutang.
Gadai emas di Ar-Rahnu juga hutang.

Jadi apa bezanya.

Seperti contoh saya berikan di dalam gambar, emas mudah dijual atau digadai untuk dapatkan tunai segera. Kalau bawa ke Ar-Rahnu, tak sampai setengah jam kita dah dapat pinjaman wang tunai.

Iya memang gadaian ada upah simpan. Tapi ramai lupa yang harga emas itu sendiri meningkat tinggi dalam jangka masa panjang. Sebab tu orang yang ada simpan emas, memang payah nak jualkan emas dalam pegangan.

Dia tahu, sengkek mana sekalipun emas ada. Pilihan yang ada, dia akan gadaikan sementara emas untuk dapatkan wang. Kemudian usahakan untuk tebus semula secepat mungkin.

Disebabkan kenaikan harga emas, kos-kos upah simpan tu nanti akan di cover semula. Haa gitu.

#Amaran: Jangan gadai emas untuk beli sport rim. Tujuan asal Ar-Rahnu diperkenalkan ialah bagi memudahkan orang mendapat modal niaga dari emas. Haa itu tujuannya.

Lebih banyak ilmu emas dan kewangan di Channel Telegram rasmi saya https://t.me/MrHafizulHakim