public-gold-logo-maroon
Apa itu Caj Premium Public Gold?
Home » Tips Simpanan Emas  »  Apa itu Caj Premium Public Gold?
Apa itu Caj Premium Public Gold?
Setiap pembelian emas (dan silver) keluaran Public Gold, ada satu caj yang dinamakan “gold premium” dan “silver premium”. Jadual premium dikemaskini pada  1 Ogos 2017. Caj ini dikenakan untuk setiap pembelian samada pembelian biasa (non-GAP) atau pembeli melalui Akaun Emas GAP.

Apakah sebenarnya caj premium?

Ia adalah caj yang merangkumi kos-kos seperti:
  • Logistik
  • gaji pekerja Public Gold
  • Insurans
  • Kos minting
Untuk makluman sahabat pembaca, emas Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia secara real time. Harga tersebut belum termasuk kos premium.
Harga tertera di PG Sell belum ditambah dengan caj premium di atas

Bagaimana cara jimatkan kos caj “premium”?

Untuk jimat caj ini, beli (atau keluarkan dari Akaun Emas GAP) item yang lebih berat. Contohnya, caj Gold Premium untuk gold bar 1 gram ialah RM10 keping. Kalau keluarkan 10 keping, maksudnya kita perlu bayar RM100 (RM10 x 10 keping). Untuk lebih jimat, keluarkan sahaja gold bar 10 gram x 1 keping. Cajnya hanya RM15 sekeping. Jimat RM85 (RM100 – RM15). Lebih besar item emas yang dikeluarkan, lebih murah “kos per gram” untuk caj Gold Premium. Ini disebabkan caj premium dikenakan berdasarkan jenis ITEM, bukan caj “per gram”.

Adakah ia caj penghantaran (pos) kepada pembeli?

Bukan. Caj Gold Premium bukanlah caj penghantaran kepada pembeli seperti caj poslaju. Untuk penghantaran terus ke alamat pembeli, ianya dikenali sebagai Gold In Transit (GIT).  Terbaru, pada penghujung 2020 pembeli emas boleh buat pengeluaran akaun emas dengan GIT jugak. Baca: GAP Gold in Transit

Adakan sama caj premium pembelian biasa dan pembelian secara EPP?

Berbeza. Untuk pembelian secara EPP, ada caj tambahan dikenakan. Pengiraan: PG SELL + Premium Caj + EPP Premium Rujuk jadual di bawah. Contoh belian 1 Dinar Emas oleh Puan Zura dari Bangi   PG Sell : RM1,154 Caj premium: RM10 EPP Premium: RM5 Total: RM1,169

Kenapa Public Gold kenakan caj Gold Premium walaupun kita ambil sendiri emas di cawangan Public Gold terdekat?

Cawangan Public Gold tak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre. Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan sesuatu branch. Lihat video ini untuk kenali Public Safe, iaitu tempat di mana Public Gold menyimpan stok emasnya. Semoga pembaca-pembaca faham tentang premium caj. Insha Allah. Nak FREE nota kewangan, motivasi & emas? Klik link ini, https://t.me/MrHafizulHakim dan JOIN bersama 12,000 subscriber lain.