Ia antara soalan yang paling kerap ditanya iaitu yang mana lebih baik, simpanan emas fizikal atau akaun simpanan?
Penjelasan mudah, kerana ia bergantung sepenuhnya dengan B.A.J.E.T anda.
Apa Itu Simpanan Emas Fizikal?
Pembelian emas dalam bentuk coin atau bar dan disimpan samada di rumah sendiri atau di safe deposit box, perkhidmatan yang disediakan oleh pihak bank.
Sila cari di google safe deposit berdekatan dengan anda.
Beli fizikal jika kita ada bajet besar. Di Public Gold:
Lebih berat gram emas maka lebih rendah harga per gram
Lebih berat gram emas, maka lebih rendah susut nilai bila nak jual semula.
Semakin berat emas, makin murah harga per gram.
Ini pula susut nilai emas Public Gold:
Di Public Gold, emas fizikal boleh beli serendah 0.5 gram. Tapi saya tak rekomen small bars (0.5g, 1g, 0.5 dinar dan 5g) sebab harga per gram dan susut nilai terlampau tinggi. Kalau nak beli fizikal, paling kecil yang berbaloi 1 dinar.
Kalau bajet bawah 1 dinar, saya cadang buka akaun simpanan emas, atau di Public Gold, Akaun Emas Gold Accumulation Program (GAP)
Apa Itu Akaun Simpanan?
Akaun GAP = Gold Accumulation Program. Konsep dia macam bank, tapi instead of simpan duit, kita simpan gram emas. Tiap kali buat pembelian akaun emas, akan terus convert kepada gram pada hari belian. Dan akan dikumpul secara akumulasi.
Ia patuh syariah (dipantau oleh Amanie Advidors Sdn Bhd), maksudnya Public Gold kena pastikan setiap gram dalam GAP tu ada fizikalnya (backed by physical gold).
Bajet kecil tapi berterusan. Contoh RM100 setiap bulan. Harga per gram sama walaupun beli banyak. Sesuai jika korang tak berani simpan sendiri di rumah. Yuran simpanan adalah percuma!
Ni contoh akaun GAP saya. Kita boleh login dan lihat emas terkumpul kita melalui applikasi telefon pintar. Boleh beli/jual/gadai emas melalui sistem online. Boleh baca lanjut disini: Apa itu Akaun Emas Public Gold?
5 Perbezaan Simpanan Emas Fizikal vs Akaun Simpanan
Sekarang kita dah faham maksud simpanan emas fizikal dan akaun simpanan. Mana lebih baik, jom bandingkan.
Emas Fizikal Public Gold
Harga berubah setiap 20 minit
Lebih besar gram, lebih rendah harga per gram, lebih jimat per gram
Emas simpan sendiri
Sesuai jika bajet besar, rekomen minimum 1 dinar. Small bars tak recommended sebab harga per gram tinggi
Pilihan cara bayaran iaitu bayaran penuh, Shariah EPP4 atau Shariah EPP10.
Akaun Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold
Harga berubah sekali setiap hari pada jam 12 tengah malam
Minima belian / top up RM100
Emas simpan dalam bentuk akaun
Sesuai bajet kecil, boleh simpan menabung sikit-sikit serendah RM100
Tiada komitmen bayaran setiap bulan. Sendiri yang decide bila dan berapa banyak nak beli.
Apabila simpanan emas kita mencapai 85 gram serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%). Baca Cara Kira Zakat Emas.
Semoga bermanfaat!
Haji Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
Penulis Buku Travelog Emas
Top 3 Public Gold Dealer Financial Year 2019/2020
019-8884452
Telegram Channel: Channel Travelog Emas