Read Time:1 Minute, 11 Second
Be real, be calculative.Impian Encik Sukri adalah untuk simpan 3 kilogram emas dalam masa 10 tahun. Dan dalam tahun pertama berjaya menyimpan 345 gram emas! Jujur, saya hanya tahu pagi ini. Itupun selepas beliau berjaya melakukannya. We never discuss about this before.

"Kalau apa-apa melibatkan kewangan kita mesti tekan kalkulator. Tak boleh main agak-agak. Atau rasa-rasa. Kalau hutang masih berlambak, buat apa nak simpan emas."Saya sangat bersetuju dengan beliau. Justeru salah satu topik saya letak dalam buku Travelog Emas, cara kiraan berapa gram emas patut anda simpan supaya tak rasa terbeban. Dalam masa sama dikongsikan sekali cara selesaikan hutang dengan beberapa strategi. Jika hutang jahat terhapus. Keupayaan menyimpan kita jadi luar biasa. Mudah nak kumpul modal beli aset yang lebih besar misalnya hartanah. Tahniah tuan Sukri. Saya doakan agar matlamat anda tercapai satu hari nanti. Aamin. "Shoot for the moon. Even if you miss, you’ll land among the stars." Hafizul Hakim Penulis buku Travelog Emas
Average Rating