#NotaEmasHH: ZAKAT EMAS
“Hafizul, apa syarat zakat emas? Boleh terangkan?”Penerangan: Syarat wajib zakat emas yang tidak dipakai (jongkong dan dinar emas) ada dua iaitu: 1. 85 gram ke atas. 2. Cukup haul setahun. Selagi mana tak menepati dua syarat wajib ini maka tak dikenakan zakat. Contoh 1: Abu beli 50 gram emas. Genap setahun, kena zakat tak? Jawapan: Tak, kerana kurang dari 85 gram. Contoh 2: Ali beli 100 gram emas. Kurang dari setahun, harga emas naik tinggi. Dia jualkan. Kena zakat tak? Jawapan: Tak, kerana kurang dari setahun. Contoh 3: Bakar beli 1000 gram emas. Cukup setahun, kena zakat tak? Jawapan: Wajib bayar zakat kerana menepati kedua-dua syarat wajib. Bakar pergi ke baitulmal dan bayar 2.5% dari nilai semasa 1000 gram emas. Tak perlu pun bawa emas ke baitulmal, cuma bagitau kaunter berapa kilo emas. Nanti mereka akan kira ikut nilaian baitulmal. Nak tahu cara kiraan zakat emas, klik link ini: Pengiraan Zakat Emas Oh ya satu lagi. Setakat ini belum pernah lagi orang jatuh miskin sebab bayar zakat. Makin kaya tu ada la! Sekian terima kasih. Hafizul Hakim Master Dealer kesayangan Malaysia