“BELI EMAS BOLEH DIBUAT SECARA ONLINE. JUAL EMAS BOLEH ONLINE JUGAK TAK?”
Akaun emas fleksibel, anda boleh keluarkan dalam bentuk: emas fizikal atau wang tunai.
Cara yang saya nak kongsikan dengan sahabat semua ni mudah sangat. Klik klik saja dah boleh siap. Ok jom!
Nota: Pastikan akaun bank anda telah dikemaskini dibahagian Update Profile
LANGKAH PERTAMA (Akses Website Public Gold)1. Pergi ke website rasmi Public Gold dan klik Login. Login seperti biasa. 2. Selepas itu klik MY GAP. LANGKAH KEDUA (Masuk ke Akaun GAP) Anda akan diberikan pilihan sama ada meneruskan urusan jualan emas melalui New Site atau Classic Site. a) Pilih New Site 1. Klik PG Buyback. 3. Masukkan nilai RM yang ingin dijual (jumlah gram akan ditulis secara automatik) atau masukkan jumlah gram yang ingin dijual (nilai RM akan ditulis secara automatik). 4. Klik Place Buyback. Dah siap! Anda cuma perlu tunggu duit masuk dalam akaun bank anda dalam masa:
- 1 hari bekerja (jika buat buyback sebelum jam 4 petang)
- 2 hari bekerja (jika buat buyback selepas jam 4 petang)
- Public Gold sudah bangunkan Apps untuk GSAP. Anda boleh jual emas melalui apps sahaja sekarang.
- Pastikan ada baki 1 gram ditinggalkan sekiranya anda cadang nak keluarkan dalam RM.
- Jika anda nak jual semua emas, anda perlu raise ticket di HELP TICKET maklumkan nak jual semua gram emas dalam akaun GAP.