“Berapa RM Perlu Untuk Simpan Emas?” Ini Nasihat Pakar
“Berapa RM Perlu Untuk Simpan Emas?” Ini Nasihat Pakar
Ini antara soalan yang kerap ditanyakan kepada saya. Klien minta nasihat berapa ringgit perlu disediakan untuk beli emas. Terutama bagi penyimpan emas yang baru nak mula.

Di artikel ini, saya kongsikan cara mudah kira belanja untuk simpan emas. Sebelum itu, amat penting untuk kita faham pengurusan wang dan aset dengan betul supaya niat kita nak menyimpan emas tidak bertukar menjadi bebanan kewangan pula.

Jom, saya share cara mudah kira portion saving untuk dialih kepada simpanan emas.

Formula Kira Perbelanjaan Membeli Emas

Berdasarkan sumber professional GoldSilver.com, perbelanjaan emas harus merangkumi hanya 5-10 peratus aset, atau 10-20 peratus jika tidak termasuk ekuiti rumah.

 Pakar kewangan negara dan antarabangsa juga menyarankan agar kita mengalihkan sekitar 10-30 peratus daripada simpanan kita dalam bentuk simpanan emas. Simpanan bersih bermaksud simpanan yang kita takkan belanja dalam masa terdekat.

Jadi maksudnya;
Jika jumlah simpanan bulanan anda ialah RM3,000. Maka maksima 30% bersamaan RM900 adalah dalam bentuk emas. Ada klien saya yang punya bajet ini beli 20 gram dengan bayaran shariah EPP6.

Bukan semua RM3000 ditukar jadi emas tau! Simpanan wang masih perlu ada juga, kerana kita berbelanja menggunakan wang ringgit. Agihan yang terbaik adalah pelbagaikan pelaburan dan simpanan. Ada dalam bentuk wang kertas, aset emas, Hartanah, saham dan bisnes.

Komen jika anda setuju dengan cadangan saya ini.