Alhamdulillah, saya dan isteri baru balik mengerjakan umrah dari 11 Dec hingga 21 Dec 2021 yang lepas. Sekarang ini, semasa tengah menulis artikel sedang berada dalam kuarantin mandatori 7 hari sekembalinya dari Madinah.
Okay, berbalik kepada topik di atas. Berikut adalah kos umrah dalam gram emas.
Umrah: 60 gram (kalau bilik berdua). Kalau kongsi bilik bertiga, berempat lebih sikit gram emas diperlukan.
Haji: 70 gram (kos termasuk belanja anak-anak ditinggalkan, keseluruhan kos haji eg dam, sedekah, belanja itu ini masa kat Mekah/Madinah).
Walaupun ada kenaikan harga kos haji/umrah, insha Allah kenaikan harga emas akan cukupkan jumlah diperlukan. Rujuk gambar perbandingan dibawah antara kos dalam wang ringgit vs gram emas.
Berikut adalah 2 perkara penting yang anda perlu lakukan untuk persiapan menunaikan ibadah haji.
1. Daftar Haji
Untuk ibadah haji, korang mesti buat daftar dulu. Cuma seribu tiga ratus ringgit. Guna akaun KWSP bayar kos untuk dapat nombor giliran haji. Tak perlu keluar duit pun.
Pergi tabung haji, maklumkan nak daftar haji guna akaun KWSP.
Bacaan lanjut:
2. Kita dapat keluarkan RM3,000 dari akaun KWSP untuk bayar kos haji. Saya dah buat dan boleh baca disini:
Begitulah.