
GEORGE TOWN: Kazakhstan membuka secara rasmi konsulatnya di sini yang julung kali ditubuhkan di negeri ini, menandakan peristiwa penting dalam hubungan Pulau Pinang dan Kazakhstan.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group (PG Group) Datuk Louis Ng Chun Hau (gambar), kumpulan syarikat terkemuka yang mengkhusus dalam perdagangan logam emas di Malaysia telah dilantik secara rasmi sebagai Konsul Kehormat Republik Kazakhstan di Pulau Pinang.
Ng yang mempunyai kelayakan luar biasa dalam perniagaan, bertekad untuk mengukuhkan ikatan yang telah terjalin antara Kazakhstan dan Malaysia terutama Pulau Pinang dan berhasrat untuk membawa perubahan positif serta memainkan peranan penting dalam memperbaiki keadaan sosioekonomi global untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan dan asing melalui rangkaian perniagaannya yang luas.

Bersama team PG1M dibawah pimpinan Mahaguru Emas, Syukor Hashim dan Puan Jonaina Nordin
“Saya amat berbesar hati dengan pelantikan sebagai pembawa bendera Kazakhstan di Pulau Pinang dan berjanji untuk memenuhi seruan itu dengan komitmen yang sama seperti yang saya impikan untuk Pulau Pinang dan Malaysia.
“Tanggungjawab utama saya termasuk menyalurkan bantuan kepada rakan-rakan Kazakhstan yang menetap dan berkunjung ke Pulau Pinang. Perdagangan logam berharga dan E-Dagang merupakan keutamaan saya dan saya berminat untuk meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu dalam sektor ini dengan rakan-rakan Kazakhstan di Pulau Pinang serta di negara asal mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Saya dan isteri antara pengedar rasmi yang dapat jemputan khusus dari founder Public Gold iaitu Dato' Wira Louis Ng dan Datin Wira Yvonne Lim.
Jutaan terima kasih atas jemputan dan sekali lagi tahniah atas perlantikan ini.

Majlis makan malam di Grand Ballroom Hotel Eastern and Oriental

Majlis makan malam di Grand Ballroom Hotel Eastern and Oriental

Always the best part, makan!