Kisah Motivasi

Hadir jemputan dari Founder Public Gold ke Majlis Perasmian Honorary Consulate Kazakhstan

GEORGE TOWN: Kazakhstan membuka secara rasmi konsulatnya di sini yang julung kali ditubuhkan di negeri ini, menandakan peristiwa penting dalam hubungan Pulau Pinang dan Kazakhstan.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group (PG Group) Datuk Louis Ng Chun Hau (gambar), kumpulan syarikat terkemuka yang mengkhusus dalam perdagangan logam emas di Malaysia telah dilantik secara rasmi sebagai Konsul Kehormat Republik Kazakhstan di Pulau Pinang.

Ng yang mempunyai kelayakan luar biasa dalam perniagaan, bertekad untuk mengukuhkan ikatan yang telah terjalin antara Kazakhstan dan Malaysia terutama Pulau Pinang dan berhasrat untuk membawa perubahan positif serta memainkan peranan penting dalam memperbaiki keadaan sosioekonomi global untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan dan asing melalui rangkaian perniagaannya yang luas.

Bersama team PG1M dibawah pimpinan Mahaguru Emas, Syukor Hashim dan Puan Jonaina Nordin

“Saya amat berbesar hati dengan pelantikan sebagai pembawa bendera Kazakhstan di Pulau Pinang dan berjanji untuk memenuhi seruan itu dengan komitmen yang sama seperti yang saya impikan untuk Pulau Pinang dan Malaysia.

 

“Tanggungjawab utama saya termasuk menyalurkan bantuan kepada rakan-rakan Kazakhstan yang menetap dan berkunjung ke Pulau Pinang. Perdagangan logam berharga dan E-Dagang merupakan keutamaan saya dan saya berminat untuk meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu dalam sektor ini dengan rakan-rakan Kazakhstan di Pulau Pinang serta di negara asal mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Saya dan isteri antara pengedar rasmi yang dapat jemputan khusus dari founder Public Gold iaitu Dato' Wira Louis Ng dan Datin Wira Yvonne Lim.

Jutaan terima kasih atas jemputan dan sekali lagi tahniah atas perlantikan ini. 

Majlis makan malam di Grand Ballroom Hotel Eastern and Oriental

Majlis makan malam di Grand Ballroom Hotel Eastern and Oriental

Always the best part, makan!

Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

Jade 4 Star Founder Master Dealer Public Gold

Share
Published by
Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

Recent Posts

Public Safe – Safe Deposit di Menara Public Gold

Safe deposit bertaraf antarabangsa Public Gold telah umumkan perasmian Safe Deposit Centre (Public Safe) bertempat…

1 month ago

Tukar MADANI RM100 kepada emas guna apps Touch & Go atau MAE (Maybank)

Pertama sekali anda perlu ada akaun emas Public Gold. Jika belum ada, sila tekan button…

5 months ago

Akaun Emas Public Gold (Auto Debit)

Tutorial GAP Pembelian Emas (Auto-Debit) Pembelian emas GAP melalui Auto-Debit adalah pembelian secara automatik setiap bulan mengikut jumlah,…

7 months ago

Macam mana nak tahu saya ni sesuai beli Akaun Emas atau Shariah EPP10?

Assalamualaikum, Okay posting kali ni sangat mudah untuk saya terangkan. Yang mana sesuai untuk saya, Akaun Emas…

10 months ago

Majoriti customer saya pilih belian secara EPP10 berbanding Akaun Emas. Mengapa?

Tentang Belian 10 gram EPP10 1. Minima belian 1 dinar (4.25 gram). 2. Harga dikunci selama…

11 months ago

Harga Emas Sejak tahun 2000 sehingga 2023 (May 2023)

Berikut adalah rekod harga emas dunia dalam ringgit Malaysia (MYR) dari tahun 2000 hingga Mei…

1 year ago