public-gold-logo-maroon
Kunci Kejayaan – Keinginan
Home » Motivasi Harian  »  Kunci Kejayaan – Keinginan
Kunci Kejayaan – Keinginan

4 kunci kekayaan

Pertama untuk kaya, kita perlu kepada keinginan untuk menjadi KAYA. Anda perlu punya kehendak atau hasrat nak jadi kaya dan bebas kewangan. Keinginan membakar sebeginilah yang akan memotivasikan anda untuk capai apa anda idamkan.

Seperti sebuah kereta, keinginan merupakan enjin yang jadi penggerak kereta tersebut. Lebih hebat enjin itu, maka lebih lancar dan mantap perjalanan kereta tu. Ibarat pasang enjin kereta V12 Lamboghini dipasang pada kereta Kancil. Berdesup pergi! 

Apa jua pencapaian anda bergantung kepada berapa besar keinginan anda. Kalau hanya punya 1-2 sebab untuk capai keinginan tu, maka, belum cukup besar dan kuat.

Tetapi jika anda ada 100 sebab untuk capai keinginan jadi KAYA maka, keinginan akan bertindak sebagai satu api membakar semangat untuk terus fokus capai kejayaan tersebut. Go 1000 FL! 

3 lagi kunci kekayaan wajib anda tahu adalah seperti poin disebelah kanan. 

Financial Education

Faham bagaimana wang berfungsi termasuk budgeting, melabur dan menyimpan. Educate diri tentang pelbagai alternatif simpanan seperti saham, hartanah dan emas. 

Entrepreneurial Mindset

Bersedia ambil risiko dan berfikir secara kreatif untuk cipta kekayaan. Ramai orang kaya sifatnya menjadi penyelesai masalah. Orang lain nampak jalan mati, dia dapat terowong halus.

Discipline and Consistency

Nak berjaya dan kaya perlu kepada komitmen long term. Sentiasa melabur untuk diri pergi belajar dan improve kelemahan sedia ada.

kejayaan capai business class

458259690_10160111295086787_6334697696216015813_n

Sebanyak 12 kali saya telah layak ke trip percutian Public Gold. Dan saya hanya terfikir untuk layak ke Business Class selepas wujudkan keinginan! 

Dan antara sebab saya ingin, selepas dok diusik Mahaguru Syukor Hashim. 

"Tak sakit ka duduk kerusi duduk tegak. Meh upgrade Business Class, boleh tidur baring! Makan pun unlimited."

Fuh, kita ibarat panglima perang. Pantang di sebut tidur yang sedap dan makanan unlimited. Terus saya nekad untuk ingin layak ke kelas Bisnes.

Dan alhamdulillah selepas 12 bulan tekad untuk capai saya akhirnya berjaya jadi Ruby Pin Leader dan sekaligus melayakkan diri ke kelas Bisnes.