Harga emas sentiasa berubah mengikut pasaran global. Oleh itu, penting untuk mengetahui cara melihat dan mengira harga emas semasa, baik di peringkat dunia mahupun di Malaysia.
Salah satu persoalan umum ialah mengapa harga emas Public Gold berubah mengikut harga emas dunia, sedangkan harga emas di kedai emas tetap stabil?
Artikel ini akan membantu anda memahami faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas dan bagaimana cara mengiranya.

Sumber Utama Harga Emas Dunia
Di pasaran emas New York Spot Gold, harga emas dunia berubah setiap saat dan minit berdasarkan faktor seperti penawaran, permintaan, dan perubahan ekonomi global.
Sebagai contoh, berikut adalah harga spot emas dunia yang direkodkan:
- Harga emas dunia: USD 1,174.80/ounce (05 Januari 2017)
- 1 Troy Ounce = 31.10 gram
- Kadar tukaran USD ke MYR: 1 USD = RM4.5470 (Maybank Exchange Rate)
Maka, harga emas di pasaran New York Spot Gold pada tarikh tersebut ialah: RM5,341.82 per Oz (1 Oz = 31.10 gram) RM171.76/gram
Harga ini adalah harga pengeluar emas, yang mana hanya pengilang emas boleh membeli pada harga ini kerana mereka mendapat bekalan terus dari pelombong emas.

Kali pertama saya beli emas tahun 2009, harga 1 dinar ialah RM400 sekeping. Hari ini 10 March 2025, harga dah cecah RM1,900.
Harga Emas di Malaysia
Kat mana nak tengok?
Di Malaysia, harga emas boleh dirujuk melalui beberapa institusi:
Yang paling aktif harga emas dikemaskini based on 'real time' adalah Public Gold. Anda dapat harga mengikut pergerakan semasa harga emas dunia.
Selain dari harga beli, faktor yang perlu diambil kira ialah susut nilai. Ia bermaksud semasa jual balik emas nanti, berapa % (peratus) ditolak dari harga semasa.
Untuk pengetahuan, susut nilai di kedai emas adalah lebih dari 20% dari harga semasa. Manakala untuk Public Gold di antara 6% hingga 9% mengikut berat emas. Semakin berat emas, semakin kecil susut nilai.
Mengapa Harga Emas Berbeza Mengikut Institusi?
Harga emas bukan harga kawalan, jadi terdapat perbezaan antara satu institusi dengan institusi lain. Ini disebabkan oleh faktor berikut:
- Kos insurans
- Kos penyimpanan
- Kos pengangkutan
- Kos pekerja dan operasi
- Margin keuntungan institusi
Oleh itu, harga emas di Bank Negara Malaysia dan kedai emas tidak akan sama.
Begitu juga harga emas di institusi Ar-Rahnu seperti Bank Rakyat dan Agrobank, yang menetapkan harga harian tersendiri.
Kesimpulan
Jika anda ingin membeli emas sebagai pelaburan, pastikan anda memahami perbezaan harga antara pasaran dunia dan Malaysia, serta memilih institusi yang menawarkan harga terbaik mengikut keperluan anda.
Semoga artikel ini membantu anda memahami bagaimana mengira harga emas dunia dan Malaysia!
Tentang penulis

Hafizul Hakim merupakan Dealer Public Gold berstatus 5 Star Diamond Founder Master Dealer. Beliau telah membimbing lebih dari 150,000 orang penyimpan emas di seluruh Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia dan serata dunia.
Beliau merupakan bekas seorang Electrical Engineer di Sarawak Energy Berhad. Dan telah mula menjadi full time Public Gold Business Owner sejak Ogos 2024.
Jika anda baru nak mula menabung emas dengan Public Gold, terus klik butang dibawah untuk menghubungi Hafizul Hakim.