public-gold-logo-maroon
Zakat Emas: Panduan Lengkap Cara Kiraan dan Pembayaran
Home » Tips Simpanan Emas  »  Zakat Emas: Panduan Lengkap Cara Kiraan dan Pembayaran
Zakat Emas: Panduan Lengkap Cara Kiraan dan Pembayaran

Apakah syarat wajib zakat emas? Bagaimana cara kira dan bayar zakat emas?

Dalam artikel ini, kami akan terangkan secara mudah supaya anda lebih jelas tentang zakat emas dan cara pembayarannya.

Syarat Wajib Zakat Emas

Zakat emas dikenakan jika memenuhi dua syarat utama:

  1. Berat emas mencapai 85 gram atau lebih.
  2. Cukup haul (genap setahun dalam simpanan).

Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut. Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam. Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut. Dan cukup haul setahun.

apa syarat wajib bayar zakat emas? Bagaimana contoh situasi mesti bayar zakat emas?

Sekiranya salah satu syarat ini tidak dipenuhi, maka emas tersebut tidak wajib dizakatkan.

Contoh Situasi Zakat Emas

1. Abu beli 50 gram emas. Adakah wajib zakat?

Jawapan: Tidak, kerana berat emas kurang dari 85 gram.

2. Ali beli 100 gram emas tetapi menjualnya sebelum cukup setahun. Wajib zakat?

Jawapan: Tidak, kerana emas tersebut tidak mencapai tempoh haul setahun.

3. Izzatul Akmar beli 1000 gram emas dan menyimpannya selama setahun. Adakah wajib zakat?

Jawapan: Ya, kerana emas mencapai 85 gram dan cukup haul tempoh setahun.

Cara kiraan:

  • 2.5% daripada nilai semasa 1000 gram emas perlu dibayar sebagai zakat.
  • Tiada keperluan membawa emas ke Baitulmal, cukup hanya maklumkan jumlah gram emas yang dimiliki.

Nak kira zakat emas dengan mudah? Klik pautan ini: Pengiraan Zakat Emas

85 gram bersamaan dengan 20 keping x 1 Dinar Emas ini

Kelebihan Membayar Zakat Emas

✅ Harta dan rezeki menjadi lebih berkat.
✅ Membantu golongan asnaf yang memerlukan.
✅ Tiada sejarah orang jatuh miskin kerana bayar zakat, malah rezeki semakin bertambah!

Tak pernah miskin orang yang membayar zakat

Kesimpulan

Zakat emas adalah kewajipan bagi pemilik emas yang memenuhi syarat.

Pastikan anda mengira dan menunaikan zakat emas tepat pada masanya agar harta lebih berkat.

Jangan lupa kongsi artikel ini agar lebih ramai faham tentang zakat emas!

Hafizul Hakim
Master Dealer Kesayangan Malaysia

Whatsapp saya untuk mula simpanan emas hari ini: Whatsapp Hafizul Hakim