Sepanjang 15 tahun menjadi pengedar rasmi Public Gold, berikut adalah soalan paling kerap ditanya oleh pembeli emas kepada saya:
1) Apakah Public Gold?
Public Gold adalah syarikat pelaburan emas fizikal pertama dan terbaik di Malaysia dengan 18 cawangan di Malaysia dan Indonesia.
Produk yang ditawarkan termasuk:
Jongkong emas
Dinar emas
Dirham perak
Akaun Emas GAP
Nota: Public Gold tiada kena mengena dengan Public Bank.
2) Adakah Public Gold Multi Level Marketing (MLM)?
Tidak. Public Gold bukan MLM. Ia adalah perniagaan emas yang beroperasi seperti kedai emas biasa tetapi dengan beberapa kelebihan:
Harga emas lebih rendah daripada pasaran.
Spread margin (susut nilai) lebih rendah, sekitar 7-9% sahaja.
Boleh membeli emas 24 jam sehari dengan jumlah serendah 1 gram.
3) Adakah Public Gold Mempunyai Panel Syariah?
Panel Shariah Public Gold adalah Amanie Advisors
Ya. Public Gold menepati prinsip syariah kerana konsepnya adalah "beli emas, dapat emas". Tambahan pula, Public Gold melantik Amanie Advisors, diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, sebagai panel syariah.
4) Berapa Harga Emas Terkini?
Harga emas Public Gold mengikut harga emas dunia dan dikemas kini setiap 20 minit sepanjang 24 jam sehari.
Manakala, harga Akaun Emas GAP diperbaharui setiap jam 12:00 tengah malam.
5) Apakah Jaminan Jika Emas Hilang?
Emas sama seperti wang tunai. Jika dijaga dengan baik, ia selamat. Namun, jika cuai, ia boleh hilang. Pastikan penyimpanan emas dilakukan dengan selamat.
6) Dimana Boleh Jual Emas Public Gold?
Emas Public Gold yang disahkan tulen boleh dijual di mana-mana, termasuk di luar negara.
Namun, untuk keuntungan maksimum, disarankan menjual kembali kepada Public Gold kerana spread di kedai emas biasa boleh mencecah 25%-30%.
7) Bagaimana Cara Mengesahkan Ketulenan Emas Public Gold?
Ketulenan emas Public Gold disahkan oleh Assayer dan setiap produk emas disertakan dengan sijil ketulenan rasmi.
8) Dimana Tempat Simpan Emas Yang Selamat?
Untuk emas dalam kuantiti kecil, boleh disimpan sendiri di rumah.
Sewa peti simpanan bank atau syarikat berdaftar.
Gunakan peti simpanan "Public Safe" di Menara Public Gold, Tingkat 4.
9) Apa Berlaku Jika Public Gold Ditutup Pada Masa Akan Datang?
Tiada masalah. Emas yang dibeli adalah hak milik pembeli.
Jika Public Gold ditutup sekalipun, emas tersebut boleh dijual di mana-mana kerana emas laku di seluruh dunia.
10) Bolehkah Mendapat Untung Setiap Bulan Dengan Membeli Emas?
Tidak. Pelaburan emas sebenar tidak menawarkan pulangan tetap setiap bulan kerana ia bertentangan dengan konsep syariah (riba).
11) Bolehkah Pajak Gadai Emas Public Gold Di Ar-Rahnu?
Ya, emas Public Gold boleh dipajak di Ar-Rahnu jika perlu mendapatkan tunai segera atau untuk modal perniagaan.
12) Bagaimana Cara Menjadi Dealer Public Gold?
Promosi terkini untuk menjadi dealer boleh dirujuk setiap bulan. Hubungi saya untuk info lanjut.
13) Bagaimana Dengan Zakat Emas?
Zakat emas sebanyak 2.5% wajib dikeluarkan jika:
Cukup haul (setahun)
Mencapai 85 gram dan ke atas
14) Bila Masa Terbaik Untuk Membeli Emas?
Sekarang! Harga emas sentiasa berubah. Jika anda menunggu harga turun, anda mungkin akan terlepas peluang. Lebih baik beli sekarang dan pantau perkembangannya.
15) Bagaimana Cara Mudah Membeli Emas atau Menjadi Dealer Public Gold?
Hubungi saya: 📞 019-888 4452Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
5 Star Diamond Founder Master Dealer | PG000839
📆 (Last update: 6 April 2025)