Siapa Hafizul Hakim?

Selamat datang dan salam perkenalan kepada followers baru yang datang selepas posting tentang cara kami suami isteri menabung menjadi viral di facebook.

Nama saya Hafizul Hakim. Usia 34 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki.

Berkelulusan dalam jurusan Bachelor Electrical Engineering (Power Electrical). Kini berkerja sebagai Electrical Engineer di salah sebuah syarikat utiliti di Malaysia.

Di media sosial, saya sering berkongsi ilmu kewangan dan manfaat emas fizikal sebagai salah satu portfolio simpanan.

Niat saya supaya orang muda generasi sekarang sedar bahawa dunia tak seindah digambarkan dalam cerekarama. Kena ambil tahu tentang pengurusan kewangan dengan baik.

Saya sering sampaikan seminar ilmu emas di Cawangan Public Gold di Malaysia, Indonesia dan Brunei sejak 2010. Kelas emas online saya di telegram https://t.me/MrHafizulHakim.

Pernah dijemput oleh badan berkanun kerajaan, Jabatan Mufti, Koperasi Malaysia, kerjasama seminar kewangan pihak ASNB, NGO dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk berkongsi kepada orang ramai cara simpan emas dengan betul dan patuh shariah.

Kepada semua yang sedia ada dalam Facebook, saya ucapkan terima kasih. Kepada yang baru follow, salam perkenalan.

Hafizul Hakim
Suka sebarkan perkara yang baik dan bermanfaat.