Izinkan saya perkenalkan diri dahulu. Saya Hafizul Hakim, pengedar sah Public Gold sejak dari tahun 2010. Boleh panggil Hafizul je.
Berkelulusan dalam jurusan Bachelor Electrical Engineering (Power Electrical). Kini berkerja sebagai Electrical Engineer di salah sebuah syarikat utiliti di Malaysia.
Di media sosial, saya sering berkongsi ilmu kewangan dan manfaat emas fizikal sebagai salah satu portfolio simpanan. Mula menjadi pengedar rasmi Public Gold sejak 10 Januari 2010. Kini sebagai Pearl 4 Star Founder Master Dealer Public Gold termuda di Malaysia.
Motivasi Berkongsi Ilmu
Niat saya supaya orang muda generasi sekarang sedar bahawa dunia tak seindah digambarkan dalam cerekarama. Kena ambil tahu tentang pengurusan kewangan dengan baik.
Saya sering sampaikan seminar ilmu emas di Cawangan Public Gold di Malaysia, Indonesia dan Brunei sejak 2010. Kelas emas online saya di telegram https://t.me/MrHafizulHakim.
Pernah dijemput oleh badan berkanun kerajaan, Jabatan Mufti, Koperasi Malaysia, kerjasama seminar kewangan pihak ASNB, NGO dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk berkongsi kepada orang ramai cara simpan emas dengan betul dan patuh shariah.
Telah dijemput menjadi speaker Panduan Simpanan Emas oleh Koperasi Malaysia pada tahun 2018.Buku Travelog Emas
Naskah sulung saya yang mula dijual pada November 2018. Kini sudah empat kali cetakan. Pengiktirafan terbesar apabila buku Travelog Emas dipilih oleh panel Perpustakaan Negara Malaysia anugerah geran tahunan 2019. Ia akan diedarkan di seluruh perpustakaan di Malaysia. Buku ini ada dijual di kedai buku MPH dan Popular Bookstore. Kalian yang nak miliki buku ini beserta tandatangan penulis, klik Travelog Emas.Pencapaian bersama Public Gold
Sales Incentive Trip Australia 2011/2012 - 2 tiket
Sales Incentive Trip Cape Town, South Africa 2012/2013 - 2 tiket
Sales Incentive Trip Osaka/Tokyo, Japan 2013/2014
Sales Incentive Trip Turkey 2015/2016
Sales Incentive Trip Spain 2016/2017 - 2 tiket
Sales Incentive Trip Iceland 2017/2018
Sales Incentive Trip Balkan 2018/2019 - 2 tiket
Sales Incentive Trip New Zealand 2019/2020 - 2 tiket
Sales Incentive Trip Russia 2020/2021 - 2 tiket
Sales Incentive Trip Italy 2021/2022 - 2 tiket
Kelayakan minima untuk layak ke percutian ini ialah jualan minima tahunan lebih dari RM1 juta setahun.
Selain itu saay juga sangat aktif menulis tentang kisah kehidupan di facebook. Jangan lupa untuk klik follow dan set see first ya!
Gambar kenangan bersama isteri tercinta selepas melakukan ibadah melontar pada musim haji tahun 2019. (Maktab 82 - Amjad al- Bayt)Tahun 2019/2020 saya merupakan Top 3 pengedar rasmi Public Gold yang mencatatkan sales tertinggi di seluruh Malaysia. Tapi tak hadir ke majlis sebab sedang berada di Mekah pada waktu ini.Anugerah Q-Bonus Tahun 2020