Jika ada bajet simpanan emas yang cukup dan faham kepentingan menyimpan emas, jadilah dealer Public Gold bagi memaksimakan keuntungan simpanan emas anda.

Syaratnya, anda perlu menjadi seorang dealer dan memanfaatkan sebaik mungkin posisi sebagai dealer emas Public Gold (PG) untuk membina kesedaran ramai tentang kepentingan menyimpan emas dan bantu mereka memahami sistem pembelian dan simpanan emas melalui PG.
Tanggungjawab sebagai dealer
Syarat untuk menjadi dealer Public Gold
Untuk layak menjadi dealer, tiada yuran dikenakan sebaliknya status 'Dealer Public Gold' diberikan percuma apabila kita mencukupi syarat ditetapkan iaitu :
- Normal Dealer - Buat pembelian 200gram emas dalam 1 resit atau belian promosi dealer.
- Priority Dealer - Buat pembelian 500gram emas dalam 1 resit atau daftarkan 150 orang penyimpan emas dan jumlah pembelian emas oleh diri sendiri dana penyimpan emas yang didaftarkan mencukupi RM150,000 dalam tempoh 12 bulan kebelakang.
- Master Dealer - Daftarkan 300 orang penyimpan emas dan jumlah pembelian emas oleh diri sendiri dana penyimpan emas yang didaftarkan mencukupi RM300,000 dalam tempoh 12 bulan kebelakang.

6 Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold
Sebagai panduan umum, di bawah adalah 6 keuntungan asas yang akan anda nikmati sebagai dealer emas Public Gold.

#1 – Rebat Atas Pembelian Emas Untuk Diri Sendiri
Apabila anda berstatus dealer PG, setiap kali anda membeli emas untuk simpanan masa anda, anda akan menerima rebat (cashback). Rebat ini dibayar mengikut status dealership masing-masing sebagaimana berikut:
- Normal Dealer - 1.0% dari jumlah pembelian.
- Priority Dealer - 1.5% dari jumlah pembelian.
- Master Dealer - 2.0% dari jumlah pembelian.
Rebat ini akan dibayar pada 20 hari bulan pada bulan berikutnya dan bukannya on the spot ketika buat pembelian emas.
Rebat ini dikira hanya setelah berjaya mendapat status sebagai "Dealer". Pembelian bagi mendapatkan kelayakan menjadi dealer (ketika status masih lagi sebagai "customer") tidak dikira untuk mendapat rebat. Selepas sistem PG upgrade status seseorang "Customer" menjadi "Dealer", barulah rebat akan mula dikira.
Menarik bukan?
Bayangkan anda sudah menjadi seorang dealer dan membeli emas bernilai RM10,000 untuk simpanan masa depan anda, anda terpaksa menerima rebat sebanyak :
- Normal Dealer - RM100 (RM10,000 x 1.0%)
- Priority Dealer - RM150 (RM10,000 x 1.5%)
- Master Dealer - RM200 (RM10,000 x 2.0%)
Lebih menarik, status dealer ini akan kekal sepanjang hayat anda. Ini bermakna, rebat ini akan diberikan kepada anda setiap kali anda membeli emas, sepanjang hayat anda.
“Sudah la harga emas PG lebih rendah sekitar 15% berbanding kebanyakan kedai emas lain, anda sebagai dealer akan terima rebat (cashback) sebanyak 1% atau 1.5% atau 2% setiap kali beli emas. Bayangkan betapa untungnya anda sebagai dealer kerana dapat jimatkan kos pembelian emas.”
#2 – Rebat Atas Jualan Balik Emas Kepada Public Gold
Apabila anda ingin jual semula emas anda kepada Public Gold bagi mendapatkan wang tunai, sebagai dealer PG tanpa mengira status normal dealer, priority dealer atau master dealer, anda akan menikmati rebat tambahan 0.3% atas harga jualan emas tersebut
Rebat ini akan dibayar pada 20 hari bulan pada bulan berikutnya. Bukan on the spot ketika buat jualan semula emas dan rebat ini akan diberikan kepada anda setiap kali anda menjual emas anda, sepanjang hayat anda.
Sebagai contoh, jika anda jual emas anda dan terima RM10,000 atas jualan berkenaan, PG akan berikan anda tambahan 0.3% iaitu RM30 (RM10,000 x 0.3%) kepada anda.
Ini bermakna, jumlah keseluruhan yang anda akan terima adalah RM10,030 dan bukannya sekadar RM10,000!
“Nak beli emas, dapat rebat. Nak jual emas pun dapat rebat tambahan. Itulah kelebihan sebenar dealer, peluang mendapat keuntungan maksima dari simpanan emas."
#3 – Royalti Memperkenalkan Pembeli Emas
“Hampir semua orang tahu kelebihan menyimpan emas, tapi dari puluhan juta rakyat malaysia, hanya 600,000++ (sehingga November 2021) orang sahaja yang tahu kelebihan menyimpan emas di Public Gold dan sudah memulakan simpanan emas melalui Public Gold."
Walaupun Public Gold telah beroperasi sejak tahun 2008, masih ramai yang tidak tahu apa itu Public Gold dan tidak sedar kelebihan menyimpan emas. Kerana itu, ramai yang tersilap langkah membeli emas 916 atau emas perhiasan walaupun niat mereka adalah untuk membuat simpanan jangka panjang dan bukannya untuk perhiasan
Akibatnya, mereka kerugian kerana terpaksa membayar upah tukang yang tinggi untuk emas perhiasan dan mendapat harga yang jauh lebih rendah ketika ingin menjual emas perhiasan mereka berbanding emas 999.
Kerana itu, menjadi tanggungjawab kita yang sudah mengenali Public Gold untuk berkongsi kelebihan simpanan emas ni kepada orang di sekeliling kita supaya mereka juga berpeluang untuk memaksimakan keuntungan dari simpanan atau pelaburan mereka.
Jadi ambillah tanggungjawab untuk menyampaikan kebaikan itu kepada kenalan terdekat melalui whatsapp atau akaun media sosial sendiri. Jangan menjual, tapi niatkan untuk menyampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.
Bagi menggalakkan Dealer Public Gold terus membina kesedaran awam dan membimbing orang lain cara membuat simpanan emas melalui Public Gold, Public Gold menawarkan royalti berbentuk insentif berdasarkan jumlah pembelian emas setiap kali penyimpan emas yang kita daftarkan sebagai ahli Public Gold membeli emas.
Insentif berkenaan adalah seperti berikut :
- Normal Dealer - 1.0% dari jumlah pembelian.
- Priority Dealer - 1.5% dari jumlah pembelian.
- Master Dealer - 2.0% dari jumlah pembelian.
Setiap kali penyimpan emas di bawah bimbingan kita membuat pembelian emas, setiap kali itulah Public Gold membayar royalti kepada kita, hatta jika kita sudah tiada sekalipun, waris kita akan terus menikmati royalti tersebut.
“Harimau mati meninggalkan belang, dealer PG mati, meninggalkan royalti kepada isteri dan anak anak secara berterusan."
Sebagai contoh, jika kesemua ahli yang kita bimbing membeli emas dengan jumlah keseluruhan RM50,000 setiap bulan untuk simpanan mereka, maka setiap bulan, Public Gold akan bayar royalti kepada kita seperti berikut :
- Normal Dealer - RM 500 (RM50,000 x 1.0%)
- Priority Dealer - RM 750 (RM50,000 x 1.5%)
- Master Dealer - RM 1,000 (RM50,000 x 2.0%)
“Jika seorang penyimpan emas membeli emas dengan konsisten 1 gram setiap bulan, bayangkan berapa banyak passive income seorang dealer PG yang mempunyai 1,000 orang penyimpan emas di bawah bimbingannya akan dapat."
Dengan andaian harga emas RM250 per gram, maka royalti seorang dealer PG yang ada 1,000 penyimpan emas ialah RM5,000 (RM250 x 1,000 penyimpan emas x 2.0%)
Kerja dealer hanya sekali, tapi dapat nikmati royalti berkali-kali!
Apa yang menarik, dealer PG tidak menjual emas. Tetapi hanya membimbing penyimpan emas di bawah bimbingan mereka tentang ilmu emas dan cara berurusniaga secara terus dengan PG. Ahli bimbingan mereka beli emas secara terus dari PG melalui website PG dan PG akan uruskan proses penghantaran emas kepada ahli tersebut.
“Jadi dengan royalti yang diterima daripada PG itu, kita boleh gunakannya untuk tambah lagi simpanan emas kita dengan percuma! Jika usaha ini diteruskan dengan konsisten, royalti ini akan menjadi bullet train untuk kita mencapai financial freedom dan bebas hutang dengan lebih cepat."
#4 – Beli Emas Dengan Harga Lebih Murah
Selepas beberapa tahun menjadi dealer, pastinya kita akan mempunyai ramai penyimpan emas di bawah bimbingan kita
Sampai masa, pasti mereka ingin menjual emas mereka bagi mendapatkan wang tunai. Jadi mereka mempunyai 2 pilihan :
- Jual emas mereka terus kepada Public Gold
- Jual emas mereka kepada dealer yang dipercayai yang membimbing mereka
Dari sudut harga jual, sama saja samada jual kepada PG ataupun kepada dealer. Tetapi selalunya penyimpan emas terdekat lebih selesa menjual kepada dealer kerana mereka boleh dapatkan wang tunai on the spot . Hari cuti, hujung minggu, dan waktu malam pun mereka boleh jual dan dapat duit on the spot
Kalau jual emas fizikal kepada PG, ia terhad kepada waktu bekerja dan pada hari bekerja sahaja. Dan PG akan buat bayaran dalam masa 1 - 2 hari bekerja.
Bagaimana PG1M Akan Bantu Anda?
PG1M adalah network dealer Public Gold terbesar yang menggabungkan lebih 100 orang Founder Master Dealer (sehingga November 2021) dan telah membimbing lebih 1,000,000,000 orang penyimpan emas Public Gold di bawah bimbingan Mentor Emas, Tuan Syukor Hashim (Dealer Pertama Public Gold).
PG1M telah menyediakan segala keperluan bagi memastikan anda dapat menjalankan perniagaan Public Gold anda dengan mudah. Setelah anda menjadi dealer, anda akan mendapat akses kepada
- Gambar gambar emas bagi tujuan marketing.
- Video emas bagi tujuan marketing.
- Koleksi posting untuk dipostkan ke laman sosial anda.
- Skrip bagi menerangkan sistem simpanan emas melalui Public Gold.