public-gold-logo-maroon
Nak tahu kenapa banyak ermohonan pembelian rumah ditolak? Ini salah satu sebabnya..
Home » Tips Pelaburan Hartanah  »  Nak tahu kenapa banyak ermohonan pembelian rumah ditolak? Ini salah satu sebabnya..
Nak tahu kenapa banyak ermohonan pembelian rumah ditolak? Ini salah satu sebabnya..

Permohonan pembiayaan beli rumah ditolak mempunyai banyak sebab. Salah satunya adalah adanya peraturan Debt Service Ratio (DSR). Iaitu berapa komitmen hutang kita setiap bulan dibandingkan dengan pendapatan (income).

DSR adalah peraturan Bank Negara Malaysia untuk menetapkan berapa hutang yang kita boleh ada.

Secara umumnya DSR adalah 70% (setiap bank mempunyai DSR yang berbeza). Namun bank dapat membuat polisi-polisi tambahan mengikut kesesuaian. Justeru, boleh jadi berbeza mengikut bank seperti lokasi rumah, harga rumah atau barangkali kakitangan awam atau swasta.

Andaikan pendapatan bersih kita RM 4,000. Hutang lain adalah seperti berikut:

  • Hutang kereta RM700.
  • Purata bayar hutang kad kredit RM 150.
  • Hutang ASB RM500.
  • Hutang personal financing RM600.
  • Total hutang di atas adalah RM1,950

Maka DSR kita telah mencapai 49%. Bagaimana nilai 49% diperoleh?

Jumlah hutang dibahagikan dengan pendapatan. RM 1,950/RM 4000.

Berdasarkan DSR yang ditetapkan 70% misalnya, maka kita cuma dapat buat hutang baru maksima sehingga RM850 sebulan sahaja. Justeru, berdasarkan kadar pembiayaan semasa, rumah yang dapat kita beli adalah maksimum RM200,000. Kalau bayar buan-bulan lebih dari itu, memang susah nak dapat approval dari bank.

Income Bank A Max allowable DSR Bank B Max allowable DSR
< RM3000 60% of Net Income 60% of Net Income (+10% if professional)
< RM6000 70% of Net Income 70% of Net Income (+10% if professional)
< RM10,000 75% of Net Income 80% of Net Income (+10% if professional)
> RM10,000 80% of Net Income 90% of Net Income (+10% if professional)

Justeru, pastikan kita merancang hutang dengan betul. Utamakan hutang yang lebih utama. Sila klik link di bawah untuk mendapatkan DSR ratio anda menggunakan kalkulator DSR Bank Islam.

Link: DSR Ratio Calculator