Database oracle mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan bagi perusahaan yang besar. Public Gold iaitu syarikat pelaburan emas terbesar Malaysia telah berbelanja lebih dari RM1.5 juta untuk menggunakan database oracle bagi pengurusan data pelaburan emas yang semakin berkembang.
Pada 15 januari 2015 Public Gold telah menandatangani perjanjian dengan pihak Oracle bagi penggunaan Oracle dan perjanjian usahasama dengan Nadir Metal Rafineri bagi pengeluaran jongkong emas dan perak yang diiktiraf dunia, LBMA bagi mendapat pengecualian cukai gst.
Saya masih ingat lagi, pada tahun 2011 semasa zaman kegemilangan dalam pelaburan emas,apabila waktu harga emas rendah website public gold sentiasa mengalami masalah/down kerana banyak trafik pengunjung yang mahu lock harga beli emas dan pada masa harga emas tinggi dimana ramai pelabur emas berlumba-lumba lock harga menjual emas online. Pada waktu itu, tahun 2011 bilangan ahli Public Gold hanya baru 4 atau 5 ribu orang sahaja.
Kini tahun 2016, ahli Public Gold telah melebihi 80 ribu orang, namun website Public Gold tak pernah mengalami masalah kerana penggunaan database Oracle. Tindakan Public Gold mengeluarkan modal yang besar untuk menggunakan database oracle adalah suatu tindakan bijak dan kedepan untuk pengurusan data yang lebih cekap dan mengembangkan lagi perusahaan emas public gold.
KELEBIHAN ORACLE DATABASE
Kelebihan menggunakan database oracle yang sangat mahal oleh syarikat atau perusahaan besar seperti Syarikat Pelaburan Emas Public Gold. Database oracle adalah software DBMS yang handal, efisien, cekap dan efektif kerana berkemampuan tinggi dapat menampung data dalam sekala yang besar serta dapat menangani jumlah data yang sangat banyak dalam suatu sistem pengolahan database hingga menjadi pengeluar DMBS terkemuka dunia.
Oracle dibangunkan oleh Larry Ellison, Bob Miner dan Ed Oates pada tahun 1977 dengan nama Software Development Laboratories (SDL). Pada tahun 1983, perusahaan ini berubah nama menjadi Oracle Corporation hingga kini. Oracle berjaya mencipta suatu sistem pengolahan database dalam jumlah yang sangat besar dan kemudahan para user ataupun programmer mengolah database.
Kini Oracle mulai mengembangkan sistemnya dan menjad isalah satu vendor DBMS terkemuka di dunia. Database Oracle memiliki banyak kelebihan dan keistimewaan namun database ini hanya mampu dimiliki oleh syarikat atau perusahaan yang besar kerana harga software DBMS tinggi dan sangat mahal dibandingkan dengan software DBMS yang lainnya.
Oracle memerlukan spesifikasi hardware yang tinggi untuk menjalankan software DMBS Oracle supaya berjalan dengan stabil dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Database Orache sangat mahal dan penggunaan Oracle memerlukan perbelanjaan yang tinggi tidak sesuai untuk perusahaan kecil atau perusahaan sederhana.
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy and PG Sell. Data…
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy/Sell rates. Data scraped on…
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy and PG Sell. Data…
Latest Public Gold Malaysia PG Buy/Sell prices for 10g–1000g gold bars. Source last update: Unknown.…
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices: temporarily unavailable due to a technical issue. We…
Latest Public Gold Malaysia buy and sell prices for 10g, 20g, 50g, 100g, 250g and…
This website uses cookies.