Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).
| “Dan (ingatlah)orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. |
| “Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Hadis riwayat Abu Daud) |
| “Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”. (Hadis riwayat Muslim) |
Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:
Emas Perhiasan Wanita
Perak
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy and PG Sell. Data…
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy/Sell rates. Data scraped on…
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy and PG Sell. Data…
Latest Public Gold Malaysia PG Buy/Sell prices for 10g–1000g gold bars. Source last update: Unknown.…
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices: temporarily unavailable due to a technical issue. We…
Latest Public Gold Malaysia buy and sell prices for 10g, 20g, 50g, 100g, 250g and…
This website uses cookies.