#1 – Rebat Belian Emas Sendiri
- Untuk jadi dealer, kita kena buat belian minimum RM30,000 dalam satu resit. Setiap belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar rebat 1%.
- Kalau buat belian seterusnya RM10,000, maksudnya dapat rebat RM100.
- Dah la harga emas Public Gold murah RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas, kita jimat lagi rebat 1%. Tahap rebat ni boleh meningkat kepada 1.5% dan 2.0% mengikut tahap dealership masing-masing.
#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri
- Kalau nak jual balik emas kita kepada Public Gold, kita dibayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut.
- Kalau jual RM10,000, dapat la extra RM30.
- Rebatnya tak banyak, tapi biasanya lepas la duit minyak pergi hantar emas tu ke office Public Gold.
#3 – Komisyen Introduce Pembeli
- Kalau yakin betapa untungnya simpan emas, dan yakin emas Public Gold ni emas simpanan terbaik di Malaysia, jangan ‘selfish’, tapi share lah kebaikan kepada orang lain.
- Kesian orang lain yang tak tahu tentang emas dan Public Gold.
- Lagi rugi besar kalau mereka terbeli barang kemas. Jadi ambillah tanggungjawab introduce orang lain tentang emas dan Public Gold.
- Manfaatkan facebook dan whatsapp tu. Jangan menjual, tapi niat nak sampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.
Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing. Kalau sebulan ada orang beli RM60,000 hasil celoteh kita pasal emas di facebook, maksudnya Public Gold bayar RM600.
Kita cuma consult dan tolong place order jer. Pembeli tu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold. Dengan duit RM600 tu, tambah lagi sekeping 1 dinar sebagai simpanan! Tambah simpanan 1 dinar sebulan secara PERCUMA. (“,)
#4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Simpan
Kalau kita dah introduce ramai pembeli, insyaAllah selepas setahun, akan ada pembeli emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit. Masa tu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak spread / susut nilai 6.0% – 9.0%.
Harga pg buy susut nilai 2015“PG Buy” ialah harga Public Gold beli balik kalau kita nak jual. Ia dikira lepas ditolak peratusan susut nilai dari harga “PG Sell”.
Pembeli boleh jual emas tu di office Public Gold atau jual kepada kita (dealer). Harganya sama jer ikut website. Pembeli yang dekat-dekat biasanya suka jual kepada dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk dalam masa 1 hari bekerja.
Secara jujurnya, saya tambah simpanan emas sekarang ni hanya dengan beli daripada customer pada harga diskaun “PG Buy” jer. Seolah-olah saya beli emas tanpa susut nilai! Harga emas naik 5%, maksudnya saya terus untung 5%! Kalau saya beli RM10,000, nak dapat untung RM500 tu sekejap jer, insyaAllah.
#5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual
Bila orang jual emas kepada saya pada harga diskaun “PG Buy”, kekadang simpanan emas saya dah ‘berlebihan’. Saya perlu juga stand-by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit. Jadi stok berlebihan tu, saya jual bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 8%! Kalau beli RM10,000, untung RM800 tu sekejap jer, insyaAllah. Bukan ker itu jauh lebih baik berbanding tunggu dividend Tabung Haji dan ASB?
#6 – Komisyen Overriding “Dealer”
Dalam ramai-ramai pembeli emas, mesti ada yang buat belian RM30,000 dan automatik jadi dealer. Pengalaman saya, memang ramai yang ada duit sebanyak tu. Sebelum kenal emas, mereka cuma kenal Tabung Haji dan ASB jer. Jadi jangan terkejut, urusniaga emas memang besar-besar sebab orang bukan “belanjakan duit”, tapi cuma TUKAR sahaja duit kepada emas sebab emas hakikatnya adalah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak jer emas tu.
Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM30,000, Public Gold bayar kita sebagai intoducer:
- Normal Dealer - RM300 (1%)
- Priority Dealer - RM450 (1.5%)
- Master Dealer - RM600 (2%)
- Individual Sales: RM1,000,000
- Group Sales: RM3,000,000
- Jutawanemas Leadership Training (JLT) - program 3 hari 2 malam bersama proven mentor.
- PG Golden Tour - percutian 2 hari 1 malam di Penang. Anda kenal lebih rapat dengan Public Gold.
- PG1System - kelas percuma pada setiap malam Selasa di seluruh cawangan Public Gold.
- New Dealer Orientization - kelas pada setiap hari sabtu minggu ke-3 di seluruh cawangan Public Gold.
Cara Menjadi Dealer Public Gold:
- Attend Seminar Public Gold di mana-mana branch seluruh Malaysia, dapatkan promosi dealership harga promo RM5,000 GAP. (2 gram akan ditolak untuk attend PG Golden Tour di Penang).
- Rebut promosi bulanan Public Gold yang diadakan pada setiap bulan.
- Untuk panduan dan bimbingan seterusnya, hubungi saya di 019-888 4452 (Hafizul Hakim).