Ramai antara kita tidak mempunyai keputusan untuk menjadi kaya. Sudah tentunya, ramai yang mengharapkan kekayaan. Ramai juga yang berdoa untuk mendapat kekayaan. Tapi langkah yang sering dilupakan adalah untuk anda membuat keputusan untuk menjadi kaya.
Langkah Menjadi Kaya:
- Tetapkan matlamat anda untuk menjadi bebas kewangan.
- Tanamkan niat di hati bahawa anda akan berkorban dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan tersebut.
Mulai hari ni, tetapkan keputusan anda untuk menjadi bebas kewangan. Tetapkan keputusan untuk memulakan perniagaan. Keputusan ini akan memberi fokus anda untuk mencapai matlamat anda.