Categories: SCAM EMAS

Membongkar taktik sindiket scam lombong emas

Hafizul, boleh tak komen tentang skim lombong emas ni. Bapak saya nak join, dia plan nak gunakan separuh dari duit pencen. Saya nak tegah dia dari buat kesilapan dan kerugian. Tolong saya.. 

Pertama sekali, ini bukanlah kali pertama skim lombong emas muncul di Malaysia. Bagi mereka yang lupa, saya bagi keratan akhbar bertarikh tahun 2013 ni.

Modus operandi mereka sama, bagi janji pulangan langit dan bintang. Seperti contoh di atas, sama jugak mereka kononnya buat lombong emas. Janji pulangan 1.5% sehingga 3% sehari! Sebulan 90% pulangan! Tapi selepas dua bulan penganjur skim seperti biasa menghilangkan diri.
Terbaru, muncul satu lagi skim lombong emas dipopularkan oleh seorang artis kononnya mereka membuat pelaburan lombong emas di sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Antara skim yang ditawarkan seperti berikut:

  • Melabur USD1,000 (RM4,500) dapat 2 gram emas.
  • Melabur USD3,000 (RM13,500) dapat 8 gram emas.
  • Melabur USD5,000 (RM22,500) dapat 10 gram emas.
  • Melabur USD10,000 (RM45,000) dapat 20 gram emas

Ke mana pergi duit yang dilaburkan? Penganjur skim ini mendakwa duit itu akan dijadikan modal untuk perniagaan mereka dengan menjanjikan return profit kepada pelabur sehingga 18% setiap bulan. 
Ini merupakan salah satu modus operandi mereka untuk mengaburi mata pelabur iaitu duit bulanan yang anda dapat tu disebut profit. Walhal kalau anda pandai ilmu matematik, sebenarnya duit profit tu duit anda sendiri! Anda akan dapat semula keseluruhan duit anda hanya selepas 6 bulan (18% darab 6 bulan = 108%).
Itupun kalau skim ni bertahan 6 bulan. Kalau tak, maksudnya anda mengalami kerugian dek kerana modal pun tak dapat habis. (tengok gambar orang yang menjadi mangsa tipu lombong sebelum ni).

Bagi mereka yang dah biasa beli emas, skim ni umpama percubaan membunuh diri.

Tahukah anda dengan bajet di atas, anda dapat beli emas Public Gold seperti harga dibawah, rujuk harga PG SELL:

Harga semasa emas Public Gold

  • Melabur USD1,000 (RM4,500) dapat 35 gram emas
  • Melabur USD3,000 (RM13,500) dapat 70 gram emas.
  • Melabur USD5,000 (RM22,500) dapat 120 gram emas.
  • Melabur USD10,000 (RM45,000) dapat 250 gram emas

Dalam hukum islam, emas adalah barang ribawi. Beli emas mesti dapat emas dalam tangan. Jangan dek kerana ketamakan dan kurangnya ilmu melabur emas dengan betul – akhirnya anda membuat kesilapan besar.

Artis ni, bukannya kali pertama menjadi “duta” produk skim cepat kaya. Dah beberapa kali, sehingga pernah masuk ke rancangan TV. Selepas skim terdedah sebagai penipuan, tiada lesen artis ni akan “play victim” kononnya dia jugak di tipu dan tidak tahu menahu tentang emas lombong dan sebagainya.
Nasihat saya, hati-hati. Sayangi diri anda dan duit anda dari melebur… Kalau bakal mangsa masih berdegil, minta dia tanyakan soalan ni dengan penganjur skim:
1. Tanya penganjur, tolong tunjuk cara pengiraan harga emas mentah dunia. Kalau tak reti, sah membongak. Paling asas dalam dunia emas.
2. Tanya penganjur, ada lesen kebenaran melombong dari Departmental of Environment (DOE) tak? Kalau takde bukti, sah membongak lagi.
3. Tanya penganjur, sebut satu nama mesin melombong dan tanya apa fungsi nya. Kalau dia cakap pakai cangkul gali, sah membongak lagi..
4. Tanya penganjur, berikan dokumen agreement supply emas untuk kilang emas mana. Kalau takda, anda pun boleh cakap anda pun supply emas.
5. Tanya penganjur, berapa dah kedalaman perut bumi yang dah digali, sertakan gambar sekali. Kalau takde, cakap belakang rumah awak pun boleh mula gali.
6. Tanya penganjur, minta no registration GST syarikat. Kalau takde, awak pun boleh cakap awak bukak syarikat lombong 🤣
#BewareOfScam #GoldDigger #Bahaya
 

Hafizul Hakim

View Comments

Recent Posts

Public Safe – Safe Deposit di Menara Public Gold

Safe deposit bertaraf antarabangsa Public Gold telah umumkan perasmian Safe Deposit Centre (Public Safe) bertempat…

3 weeks ago

Tukar MADANI RM100 kepada emas guna apps Touch & Go atau MAE (Maybank)

Pertama sekali anda perlu ada akaun emas Public Gold. Jika belum ada, sila tekan button…

5 months ago

Hadir jemputan dari Founder Public Gold ke Majlis Perasmian Honorary Consulate Kazakhstan

GEORGE TOWN: Kazakhstan membuka secara rasmi konsulatnya di sini yang julung kali ditubuhkan di negeri…

6 months ago

Akaun Emas Public Gold (Auto Debit)

Tutorial GAP Pembelian Emas (Auto-Debit) Pembelian emas GAP melalui Auto-Debit adalah pembelian secara automatik setiap bulan mengikut jumlah,…

7 months ago

Macam mana nak tahu saya ni sesuai beli Akaun Emas atau Shariah EPP10?

Assalamualaikum, Okay posting kali ni sangat mudah untuk saya terangkan. Yang mana sesuai untuk saya, Akaun Emas…

9 months ago

Majoriti customer saya pilih belian secara EPP10 berbanding Akaun Emas. Mengapa?

Tentang Belian 10 gram EPP10 1. Minima belian 1 dinar (4.25 gram). 2. Harga dikunci selama…

10 months ago