Ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara ๐๐๐จ๐ฎ ๐๐๐ฎ๐ข๐๐ฃ๐ฉ ๐๐ช๐ง๐๐๐๐จ๐ (short formnya EPP). Boleh ke buat pembelian kaedah EPP4 atau EPP10?
Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.
๐๐๐ง๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฐ๐๐ฆ.
Orang awam nie maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan. Untuk orang awam, urusniaga belian secara ๐๐๐จ๐ฎ ๐๐๐ฎ๐ข๐๐ฃ๐ฉ ๐๐ช๐ง๐๐๐๐จ๐ ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisorsย https://amanieadvisors.com/
Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mahupun di luar negara.
Klik: Senarai Penuh Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia
Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.
Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih
๐๐๐ง๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ก๐ฅ๐ข.
Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:
Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas. Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.
Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.
Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.
Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.
Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk anda berjual beli dengan Public Gold.
ย 11 April 2012 | 19 Jamadilawal 1422 Hijrah Sebagai tanda menghargai warisan diraja dan…
Soalan power ni! ๐ฅ Ok, saya jawab serius ya. Jawapan pendek: tak susah, tapi perlu…
Emas telah lama menjadi simbol kekayaan dan kestabilan kewangan. Hari ini, seorang pelanggan kami, Encik…
Soalan Lazim Tentang Public Gold (FAQ) Sepanjang 15 tahun menjadi pengedar rasmi Public Gold, berikut…
EMAS TIADA DIVIDEN?! INI SEBAB ANDA MASIH PERLU SIMPAN EMAS! Ramai yang bertanya, โKenapa perlu…
Cara Melihat dan Mengira Harga Emas Semasa Dunia dan Malaysia Harga emas sentiasa berubah mengikut…
This website uses cookies.
View Comments