#NotaEmasHH: ZAKAT EMAS
“Hafizul, apa syarat zakat emas? Boleh terangkan?”
Penerangan:
Syarat wajib zakat emas yang tidak dipakai (jongkong dan dinar emas) ada dua iaitu:
1. 85 gram ke atas.
2. Cukup haul setahun.
Selagi mana tak menepati dua syarat wajib ini maka tak dikenakan zakat.
Contoh 1:
Abu beli 50 gram emas. Genap setahun, kena zakat tak?
Jawapan: Tak, kerana kurang dari 85 gram.
Contoh 2:
Ali beli 100 gram emas. Kurang dari setahun, harga emas naik tinggi. Dia jualkan. Kena zakat tak?
Jawapan: Tak, kerana kurang dari setahun.
Contoh 3:
Bakar beli 1000 gram emas. Cukup setahun, kena zakat tak?
Jawapan: Wajib bayar zakat kerana menepati kedua-dua syarat wajib. Bakar pergi ke baitulmal dan bayar 2.5% dari nilai semasa 1000 gram emas.
Tak perlu pun bawa emas ke baitulmal, cuma bagitau kaunter berapa kilo emas. Nanti mereka akan kira ikut nilaian baitulmal. Nak tahu cara kiraan zakat emas, klik link ini: Pengiraan Zakat Emas
Oh ya satu lagi. Setakat ini belum pernah lagi orang jatuh miskin sebab bayar zakat. Makin kaya tu ada la!
Sekian terima kasih.
Hafizul Hakim
Master Dealer kesayangan Malaysia
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy and PG Sell. Data…
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy/Sell rates. Data scraped on…
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices (10g–1000g) with PG Buy and PG Sell. Data…
Latest Public Gold Malaysia PG Buy/Sell prices for 10g–1000g gold bars. Source last update: Unknown.…
Latest Public Gold Malaysia gold bar prices: temporarily unavailable due to a technical issue. We…
Latest Public Gold Malaysia buy and sell prices for 10g, 20g, 50g, 100g, 250g and…
This website uses cookies.