Emas sebagai Dana Pendidikan Anak

Saban tahun kita bercakap tentang masa depan anak-anak. Adakah mereka berpeluang masuk ke menara gading.

  • Adakah kita mampu dari segi kewangan.
  • Adakah anak-anak akan dapat biasiswa.
  • Atau adakah anak-anak terpaksa ambil pinjaman untuk bolehkan mereka menjejak kaki ke Universiti.

Saya sendiri ambil PTPTN ketika menyambung peringkat Ijazah. Dan ambik masa 12 tahun untuk selesaikan hutang berjumlah RM60,000.

Justeru, saya tak nak anak-anak berada dalam situasi sama. Dengan kudrat yang ada saya dan isteri sepakat menabung emas untuk dana pendidikan.

Kos belajar peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) di Malaysia

Kami letak matlamat setiap seorang ada minima 100 gram emas.

Strategi di ambil, 1 gram sebulan dengan Akaun Emas Public Gold.

Dan syukur alhamdulillah, pada usia anak pertama menjejak 10 tahun, kami berjaya kumpul jumlah minima 120 gram.

  • 1 gram x 12 bulan = 12 gram setahun
  • 12g x 10 tahun = 120 gram.

Plan ini mula dilaksanakan sejak Armand (anak sulung) lahir lagi. Dan diteruskan sehingga mendapat dua lagi anak lelaki.

Insha Allah cukup sebagai bekal untuk kegunaan 8 tahun lagi.

Mungkin waktu itu harga emas sudah mencecah RM300 – RM400 segram. 

Sekiranya tidak digunakan untuk belajar (jika dapat biasiswa).

Emas ini nanti boleh dijadikan sebagai modal beli rumah. Lebih cantik begini.

Tapi yang paling penting, saya taknak anak berhutang sebelum dari kerja lagi. 

Mudah-mudahan pelajarannya bagus, dapat biasasiswa dan menjadi anak yang berguna.

Aamin.

.

.

.

Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta

5 Julai 2021 

p/s: Jika anda nak buka akaun emas anak boleh hubungi saya melalui whatsapp di 019 888 4452 atau klik link Whatsapp Me

 

Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

Jade 4 Star Founder Master Dealer Public Gold

Share
Published by
Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

Recent Posts

Set Dirham Perak Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

 11 April 2012 | 19 Jamadilawal 1422 Hijrah   Sebagai tanda menghargai warisan diraja dan…

3 weeks ago

Susah tak jadi dealer Public Gold? Macam mana nak berjaya laju dalam masa 12 bulan dapat sales RM1 juta

Soalan power ni! 🔥 Ok, saya jawab serius ya. Jawapan pendek: tak susah, tapi perlu…

6 months ago

Testimoni Pembelian Emas 1 Kilogram: Pilihan Bijak untuk Masa Depan

Emas telah lama menjadi simbol kekayaan dan kestabilan kewangan. Hari ini, seorang pelanggan kami, Encik…

7 months ago

Soalan Lazim Tentang Public Gold (FAQ)

Soalan Lazim Tentang Public Gold (FAQ) Sepanjang 15 tahun menjadi pengedar rasmi Public Gold, berikut…

7 months ago

Emas tiada dividen. Ini sebab kenapa majoriti orang kaya simpan emas!

EMAS TIADA DIVIDEN?! INI SEBAB ANDA MASIH PERLU SIMPAN EMAS! Ramai yang bertanya, “Kenapa perlu…

8 months ago

Bagaimana Mengira Harga Emas Dunia dan Malaysia?

Cara Melihat dan Mengira Harga Emas Semasa Dunia dan Malaysia  Harga emas sentiasa berubah mengikut…

8 months ago

This website uses cookies.