public-gold-logo-maroon
Persedian anak-anak kembali ke sekolah!~ #7HariLagiSekolah
Home » Saving  »  Persedian anak-anak kembali ke sekolah!~ #7HariLagiSekolah
Persedian anak-anak kembali ke sekolah!~ #7HariLagiSekolah
  Berbelanja mengikut tahap kemampuan. Walaupun anak-anak mempunyai keinginan yang banyak untuk persiapan persekolahan mereka, namun tidak semestinya semuanya perlu diikuti. Bagi anak-anak, kalau boleh semuanya perlu baharu apabila kembali ke sekolah. Dr Mohammad Fazli Sabri, Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM mencadangkan anggaran perbelanjaan (sepasang) untuk pelajar sekolah rendah adalah seperti berikut:- Anggaran perbelanjaan (sepasang) untuk pelajar sekolah menengah adalah seperti berikut:- Berikut adalah tip kembali ke sekolah yang boleh dijadikan panduan:- a) Guna semula pakaian yang masih elok. Sekiranya pakaian sekolah, seperti baju, seluar dan kasut sekolah masih elok untuk dipakai atau baru sahaja diganti pertengahan tahun, maka ia masih boleh dipakai lagi. Dengan ini, ia dapat menjimatkan wang daripada membeli pakaian baharu. b) Guna semula peralatan daripada anak-anak yang lebih besar. Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang lebih besar, yang telah tamat persekolahan, maka ia merupakan satu kelebihan. Peralatan sekolah seperti beg, kalkulator, set “geometri”, bekas pensil, pembaris, gunting dan sebagainya boleh digunakan semula oleh adik-adik mereka. c) Senaraikan keperluan yang ingin diganti. Semasa musim kembali ke sekolah, banyak pasar raya dan kedai-kedai menawarkan harga diskaun. Anda perlu bijak dan menyediakan senarai barangan yang ingin dibeli agar tidak membeli di luar jangkaan. d) Buat bajet. Keperluan anak-anak bersekolah menengah dan rendah adalah berbeza. Yuran sekolah juga berbeza. Sebagai ibu bapa, anda perlu menyediakan bajet persekolahan anakanak sekurang-kurangnya 3 hingga 5 bulan lebih awal. Begitu juga, perbelanjaan untuk membeli peralatan sekolah, pakaian, yuran dan sebagainya.
Kredit: idabaharum.com
e) Membuat persediaan awal. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu menunggu sehingga hujung tahun untuk membeli peralatan persekolahan anak-anak. Anda boleh berbelanja secara beransur-ansur. Ada ibu bapa yang terpaksa mengunakan kad kredit kerana membeli pakaian dan peralatan sekolah yang banyak. Hal ini akan membebankan anda. f) Pengangkutan atau kenderaan ke sekolah. Ibu bapa yang bekerja memerlukan pengangkutan seperti bas atau van sekolah untuk anak-anak mereka. Bajet yang diperlukan untuk semua anak yang bersekolah kemungkinan antara RM80 hingga RM300 sebulan. Sebagai altenatifnya, mungkin anak anda boleh berkongsi kenderaan dengan anak-anak jiran atau menaiki kenderaan awam untuk mengurangkan kos. Anda boleh berjimat sekiranya anak-anak tinggal di asrama sekolah. g) Bawa bekal ke sekolah. Amalan membawa bekal ke sekolah membolehkan anak anda menikmati makanan yang berkhasiat dan sihat untuk tubuh badan. Anak anda boleh menjimatkan wang dan masa daripada beratur untuk membeli makanan di kantin. Anda boleh memulakan membawa bekal untuk satu kali dalam seminggu. Jika anda telah terbiasa, tingkatkan kekerapan jumlah hari anak anda membawa bekal ke sekolah. Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu pada tahun 2017, ibu bapa perlu merancang kewangan mereka dengan lebih berhemat. Tanamkan tabiat menyimpan wang untuk menampung keperluan. Kikis tabiat suka berhutang kerana ia tidak sihat dalam pengurusan kewangan jika tidak diuruskan dengan baik.