Masa di pantai Gwangalli, GoPro saya hampir dilarikan ombak. Masa tu 2 orang Korea menjerit dalam bahasa Korea. Mereka risau jika GoPro saya dibawa lari ombak. GoPro saya juga tak pernah jatuh walaupun saya selit di pokok. Saya juga pernah letak GoPro atas pagar rooftop semasa di Gamcheon Cultural Village. Walaupun agak inggi, alhamdulillah masih selamat. Yang penting sentiasa berhati-hati.Baca: 12 Lokasi Menarik Di Luar Seoul Yang Mesti Anda Kunjungi Jika Ke Korea Selatan Peristiwa lucu Peristiwa paling lucu bagi Cik Yoon Hee adalah sewaktu di Everland, Korea Selatan. Beliau letak GoPro di atas tong sampah dan kemudiannya mula menikmati pemandangan di situ.
Sambil saya berjalan di sekitar situ tiba-tiba ada cleaner datang nak ambil sampah. Saya cepat-cepat berlari ambil GoPro. Terkejut cleaner tu bila lihat saya berlari ke arah tong sampah. Saya terus ucap “anyeong haseyo” hehehehe. Cleaner tu tersenyum dan menyangka saya berlari kerana nak ucap hello kepada dia.Tips lain yang turut dikongsikan oleh Cik Yoon Hee adalah: 1. Lihat sekeling terlebih dahulu sebelum letak GoPro. 2. Jika terdapat ramai orang di sekeliling, sabar, duduk dan perhatikan suasana sekitar. Situasi ini pernah beliau alami di Taejongdae Park, Busan.
Saya nak dapatkan angle dan shot terbaik, saya duduk observe sekeliling sampai dah kurang orang, saya letak GoPro dan mula rekod. Saya akan setup video+photo. Secara automatik GoPro akan rekod video dan ambil gambar pada masa yang sama. Apa-apa pun sentiasa berhati-hati. Jika tak yakin, pilih tempat lain yang tak ramai orang.3. Menurut Cik Yoon Hee beliau sebenarnya peminat Casey Neistat, seorang vlogger terkenal. Melalui vlogger ini beliau belajar tentang gorillapod dan skil videography merakam pengembaraan sendiri tanpa orang lain.
Kita boleh jadi cameraman untuk diri sendiri dengan letak di mana-mana kamera dan rekod diri kita secara spontan.4. Sejak itu Cik Yoon Hee lebih gemar merakam video menggunakan handycam dan GoPro. Cik Yoon Hee dan rakan beliau akan letak GoPro di mana-mana tempat yang sesuai untuk merakam aktiviti yang sedang mereka lakukan terutama sewaktu mengembara di dalam dan di luar negara.
Bila saya travel sendiri, saya praktiskan dengan GoPro sebab kecil dan mudah disorokkan.5. Tips tambahan GoPro: Jika nak ambil gambar sahaja tanpa video, boleh gunakan setting timelapse atau hubungkan dengan applikasi GoPro di dalam telefon pintar. Tetaapi beliau jarang gunakan applikasi di dalam telefon pintar untuk menjimatkan pengunaan bateri telefon pintar di sepanjang tempoh mengembara. Jom layan aksi bersahaja yang telah dikongsikan oleh Cik Yoon Hee. Memang nampak menarik.
KAWAGUCHIKO STATION, JEPUN
AOKIGAHARA FOREST, JEPUN
UENO PARK, JEPUN
HIROSHIMA MEMORIAL PARK, JEPUN
FUSHIMI INARI, KYOTO, JEPUN
ARASHIYAMA BAMBOO FOREST, JEPUN
AFTER ROMANTIC TRAIN, JEPUN
UNIVERSAL STUDIO JEPUN
NAMI ISLAND, GAPYEONG, KOREA SELATAN
NAMI ISLAND, GAPYEONG, KOREA SELATAN
CHEONGYECHEON STREAM, SEOUL, KOREA SELATAN
GYEONGBUKGONG PALACE, SEOUL, KOREA SELATAN
HANOK VILLAGE, SEOUL, KOREA SELATAN
HANOK VILLAGE, SEOUL, KOREA SELATAN
EWHA WOMANS UNIVERSITY, SEOUL, KOREA SELATAN
KTX EXPRESS TRAIN TO BUSAN
EVERLAND, SEOUL, KOREA SELATAN
EVERLAND, SEOUL, KOREA SELATAN
TAEJONGDAE PARK, BUSAN, KOREA SELATAN
TAEJONGDAE PARK, BUSAN, KOREA SELATAN
GAMCHEON CULTURAL VILLAGE, BUSAN, KOREA SELATAN
GAMCHEON CULTURAL VILLAGE, BUSAN, KOREA SELATAN
GWANGALLI BEACH, BUSAN, KOREA SELATAN
ORYUKDO ISLAND, BUSAN, KOREA SELATAN
ORYUKDO ISLAND, BUSAN, KOREA SELATAN
HAEUNDAE BEACH, BUSAN, KOREA SELATAN
TAEJONGDAE PARK, BUSAN, KOREA SELATAN
KANSAI AIRPORT, OSAKA, JEPUN
GUESTHOUSE, BUSAN, KOREA SELATAN
GYEONGBUKGONG PALACE, SEOUL, KOREA SELATAN
Sumber: The Vocket