Jepun begitu terkenal dengan peraturan etika yang sangat kompleks. Bagi masyarakat dari negara-negara lain, etika-etika ini pasti menjadi sesuatu yang sangat merumitkan tetapi di Jepun, ia tidak menjadi suatu masalah besar.
Memanggil sesorang hanya dengan nama adalah tidak mencukupi di Jepun. Gelaran “san” sebagai tanda hormat adalah salah satu daripadanya . Sebenarnya terdapat banyak lagi gelaran untuk menghormati atau merujuk kepada seseorang:
Ia merupakan satu upacara yang menyeluruh. Inilah yang perlu anda lakukan:
Sangat berbeza dengan negara kita- hanya meletakkan kad perniagaan di dalam poket!
Jom shopping online di PG MALL: Daftar Segera
Walaupun tidak ada kenyataan yang rasmi, tetapi peraturan di sini adalah jelas. Jika anda adalah orang pertama yang masuk ke dalam lif yang kosong, anda akan menjadi “kapten” lif, dan anda perlu berdiri berdekatan dengan panel kawalan. Anda perlu memastikan pintu dibuka sehingga semua orang telah memasuki lif. Ia perlu diulang di setiap tingkat di mana lif tersebut berhenti. Anda juga perlu menjadi orang terakhir yang keluar dari lif, dan perlu melakukan semua itu dengan cepat. Jika anda seorang pelancong di Jepun, elakkan dari menjadi orang pertama yang menaiki lif!
Di dalam keretapi bawah tanah, terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh orang Jepun: bercakap/berbual tidak dibenarkan (termasuk bercakap di telefon), dan adalah tidak sopan untuk menatap wajah penumpang lain.
Bukan kebiasaan orang Jepun untuk memberi tempat duduk mereka untuk warga tua, walaupun mereka hampir tidak boleh berdiri. Jadi terdapat kerusi khas yang telah dilabelkan untuk mereka serta untuk orang-orang kurang upaya dan wanita hamil. Kerusi-kerusi ini tidak akan diduduki jika anda tidak tergolong dalam kategori yang disebutkan.
Apabila orang Jepun menikmati arak, tiada lagi perbezaan taraf atau pangkat diambil kira. Dan mereka minum dalam kuantiti yang sangat banyak. Seorang profesor tempatan boleh minum dengan pelajarnya, dan kemudian mereka akan menyeretnya ke rumah apabila sudah mabuk. Seorang kerani yang memberi tunduk hormat kepada rakan perniagaannya pada siang hari boleh mabuk di bar karaoke dan muntah pada bajunya. Semua ini adalah perkara biasa.
Apa yang menarik, apabila mereka semua sedar, mereka akan berkelakuan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Di Jepun, soal kerja dan soal selain darinya langsung tidak dicampur aduk.
Orang Jepun mempunyai amalan yang aneh berkaitan dengan wang: atas sebab yang tertentu, mereka malu untuk mempamerkannya di khalayak ramai. Oleh itu, sampul wang yang dihiasi dengan cara tradisional sangat popular di sana. Dan jika anda tidak mempunyai sampul wang tersebut, anda perlu membungkus wang itu di dalam sekeping kertas sebelum memberikannya kepada sesiapa sahaja.
Sudah tentu, anda tidak perlu berbuat demikian di pasar raya, tetapi anda masih perlu mempertimbangkan peraturan ini: anda tidak boleh menyerahkan wang anda terus kepada juruwang, hanya masukkannya di dalam bekas wang tunai. Itu semua demi kepentingan peribadi.
Cara duduk dengan melipat kaki di bawah peha dipanggil “seiza”, dan orang Jepun hanya duduk di lantai dengan cara ini. Mereka berasa selesa duduk dengan gaya “seiza”. Tetapi disebabkan orang Eropah tidak biasa dengan cara ini, kaki mereka menjadi kebas hanya dalam beberapa minit.
Tetapi jika anda seorang pelancong atau seorang yang lebih tua dan duduk dengan kaki anda dilebarkan, ia tidak menjadi masalah, dan tiada sesiapa yang akan menegurnya. Tetapi ia akan menjadi sesuatu yang sangat tidak sopan bagi orang Jepun untuk duduk dengan cara sebegitu.
Di Jepun, budaya pemberian hadiah sangat kuat, dan terdapat dua musim pemberian hadiah yang istimewa setiap tahun: o-chugen (musim panas) dan o-seibo (musim sejuk).
Di kebanyakan negara, membuka hadiah yang baru diterima secara serta-merta adalah perkara biasa. Di Jepun, itu adalah tanda sifat tamak dan tidak sabar. Selain itu, bagaimana perasaan pemberi hadiah jika hadiah mereka yang sederhana membuatkan raut wajah penerima seperti agak kecewa atau tidak suka dengan hadiah tersebut? Sudah pasti mereka berasa segan dan malu.
Salah satu budaya di Jepun yang saya nak share, sepanjang berada di Jepun ketika menjamu selera (breakfast, lunch, dinner) kita akan makan hidangan di atas tray/talam. Tak perlu di alih.
Berbeza di Malaysia kalau kita makan di restoran eg KFC, McD atau Sugarbun sampai ke meja kita akan alihkan tray tersebut. Mengapa? Sebab memudahkan orang yang seterusnya makan.
11 April 2012 | 19 Jamadilawal 1422 Hijrah Sebagai tanda menghargai warisan diraja dan…
Soalan power ni! 🔥 Ok, saya jawab serius ya. Jawapan pendek: tak susah, tapi perlu…
Emas telah lama menjadi simbol kekayaan dan kestabilan kewangan. Hari ini, seorang pelanggan kami, Encik…
Soalan Lazim Tentang Public Gold (FAQ) Sepanjang 15 tahun menjadi pengedar rasmi Public Gold, berikut…
EMAS TIADA DIVIDEN?! INI SEBAB ANDA MASIH PERLU SIMPAN EMAS! Ramai yang bertanya, “Kenapa perlu…
Cara Melihat dan Mengira Harga Emas Semasa Dunia dan Malaysia Harga emas sentiasa berubah mengikut…
This website uses cookies.
View Comments
Saya suka sekali baca ulasannya.. menarik. Jadi pengen coba langsung ke jepun. Hehehe
Thanks dah sharing
Ditunggu post selanjutnya
Terimakasih dah sharing.. cp tau besok besok bisa ke jepun dan bisa mwnjadikan ini sebagai panduannyaa. Hehe
Thanks