Beli 1 Dinar emas – bayar secara ansuran 4 kali bayar.

Ada 3 cara pembelian emas Public Gold, antaranya adalah:

  1. Tunai. Kita place order, bayar dan collect emas di cawangan Public Gold.
  2. Easy Payment Purchase – Kita bayar secara ansuran, selesai bayar baru collect emas di cawangan Public Gold.
  3. Gold Accumulation Program – Akaun emas Public Gold yang didokong 100% emas fizikal.

Artikel ni saya tunjuk cara pembelian 1 dinar emas secara ansuran. Perkara penting perlu diketahui sebelum membeli secara ansuran adalah:

  • Item minima beli cara ansuran: 1 Dinar (4.25gram | Purity 999.9)
  • Tempoh minima tempoh ansuran adalah 4 bulan.
  • Bagi emas beratnya 50 gram ke atas, tempoh bayar ansuran selama 10 bulan.
  • Katakan anda hendak selesaikan bayaran lebih awal misalnya 2 bulan, boleh tiada masalah.

Berikut adalah caj premium untuk belian secara ansuran:

  • Katakan harga 1 Dinar saya beli adalah RM810. Adakah saya perlu bayar lebih?
    • Jika harga emas meningkat tinggi keesokannya, anda tak perlu risau, harga yang dibayar tetap mengikut jumlah yang anda kunci.
  • Adakah cara ini patuh syariah? Ya, cara pembelian ini telah disahkan patuh syariah oleh panel syariah Amanie Advisors.
    • Hujahnya, duit yang dibayarkan dianggap sebagai security deposit. 
    • Jika berlaku cancellation order, duit pembeli masih boleh direfund (selepas penolakan penalti).
    • Jika bayaran penuh telah dilakukan, serahan emas ketika pembeli mengambil emas dari cawangan Public Gold itulah baru sesi akad jual beli berlangsung. Wallah wallam.

Berikut adalah contoh yang saya buat semalam iaitu pembelian 1 Dinar secara ansuran. Jadual pembayaran adalah seperti berikut.

  1. Saya lock price pada 16/9/2018, maka setiap 14hb adalah due date utk saya membuat pembayaran.
  2. Harga emas sewaktu di lock adalah RM733 + RM10 (premium caj EPP)
  3. Setiap kali pembayaran, saya akan hantar resit pembayaran maybank2u beserta nombor CSO (rujukan pembelian) kepada staff cawangan Public Gold melalui whatsapp.
  4. Apabila selesai pembayaran 4 bulan, saya akan call branch untuk inform nak collect emas tersebut dari cawangan Public Gold.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Terima kasih.
Cara pantas utk membeli emas secara ansuran boleh klik link ini: Hafizul Hakim

  • Artikel ini ditulis pada 17 May 2017 pada jam 3:32 pagi.
  • Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
  • Triple Star Master Dealer Public Gold (PG000839)
  • HP: 019-8884452 (klik Whatsapp)
Hafizul Hakim

View Comments

  • salam.... dayang ni yang dari miri. saya nak follow facebook awak, tapi tak dapat2. boleh add saya
    dyqashfiamy aqashfia

  • salam. nak tanya. kalau kita bayar lebih dari due date tu boleh ke tidak? contohnya lewat sehari atau 2 hari?

    • wslm, kalau lewat 1 - 2 hari should be ok.. jangan terbabas 1-2 minggu, nanti kena penalti.. cara saya: letak alarm di calendar dalam hp.

Recent Posts

Set Dirham Perak Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

 11 April 2012 | 19 Jamadilawal 1422 Hijrah   Sebagai tanda menghargai warisan diraja dan…

3 weeks ago

Susah tak jadi dealer Public Gold? Macam mana nak berjaya laju dalam masa 12 bulan dapat sales RM1 juta

Soalan power ni! 🔥 Ok, saya jawab serius ya. Jawapan pendek: tak susah, tapi perlu…

6 months ago

Testimoni Pembelian Emas 1 Kilogram: Pilihan Bijak untuk Masa Depan

Emas telah lama menjadi simbol kekayaan dan kestabilan kewangan. Hari ini, seorang pelanggan kami, Encik…

7 months ago

Soalan Lazim Tentang Public Gold (FAQ)

Soalan Lazim Tentang Public Gold (FAQ) Sepanjang 15 tahun menjadi pengedar rasmi Public Gold, berikut…

7 months ago

Emas tiada dividen. Ini sebab kenapa majoriti orang kaya simpan emas!

EMAS TIADA DIVIDEN?! INI SEBAB ANDA MASIH PERLU SIMPAN EMAS! Ramai yang bertanya, “Kenapa perlu…

8 months ago

Bagaimana Mengira Harga Emas Dunia dan Malaysia?

Cara Melihat dan Mengira Harga Emas Semasa Dunia dan Malaysia  Harga emas sentiasa berubah mengikut…

8 months ago

This website uses cookies.