MUDAHNYA SIMPAN EMAS MELALUI AKAUN EMAS GAP
Secara mudahnya, bayangkan GAP ini seperti akaun bank anda.
Proses simpanan emas dalam akaun GAP sama seperti simpanan akaun bank. Bezanya, dengan akaun GAP – tiap kali buat pembelian akan terus di tukar kepada nilai gram (ikut harga semasa).
Contoh Abu mula simpan emas tahun 2019,
1 Oktober 2019 dia beli 1 gram harga RM208. Jadi, dalam akaun emas ada 1 gram.
Dan hari ini 16/12/2020 Abu beli lagi 1 gram. Jadi, Abu dah ada 2 gram dalam akaun emas beliau.
Haa boleh nampak dah?
Anda menabung emas sedikit demi sedikit dalam akaun GAP. Bila sudah banyak atau sudah capai target misalnya 10 gram, anda boleh mengeluarkan emas fizikal dengan hanya ke cawangan berdekatan. Sekiranya anda tinggal jauh dari cawangan, Public Gold boleh poskan emas anda dan ianya dilindungi insurans.
AKAUN GAP MENYELESAIKAN DUA MASALAH UTAMA
Ramai antara kita yang betul-betul teringin untuk memiliki emas fizikal tetapi terdapat halangan-halangan kecil yang membantutkan niat tersebut. Public Gold nampak masalah ini dan tanpa berlengah, Public Gold mengorak satu langkah ke hadapan untuk membantu menyelesaikan dua masalah tersebut iaitu:
Takut Simpan Sendiri
Penyimpan emas memang ada mindset macam ni dari dulu lagi. Jongkong emas yang kecil dan berharga lebih kurang RM 2,000 itu pening kepala difikirnya mana nak simpan. Padahal, telefon pintar yang lebih kurang sama harganya relaks saja letak sana sini. Kereta yang besar dan berharga puluhan ribu ringgit itu pun relaks saja parkir depan rumah.
Sekarang kita dah tak perlu risau. Public Gold sediakan akaun emas GAP untuk kita menyimpan emas dengan hati yang tenang. Simpanlah emas banyak mana pun. Simpanlah emas selama mana pun yang anda suka. Public Gold tidak mengenakan apa-apa caj atau upah simpan.
Bajet Kecil
Sebelum ini pasti ramai yang fikir nak simpan emas mesti perlukan duit yang banyak. Mungkin beribu-ribu ringgit. Golongan yang banyak duit saja mampu menyimpan logam berharga ini. Kini tidak lagi. Serendah 1 gram atau RM 100 pun dah boleh menyimpan emas fizikal. Jangan terkejut kalau saya kata ada pelajar yang simpan lebih 30 gram emas. Berat 30 gram tu lebih kurang RM 7000 tau!
Nak lagi ekstrim, seorang penjual sayur ni mampu beli 1 gram akaun emas setiap hari. Ye setiap hari! Baca di artikel ini: Penjual sayur beli 1 gram setiap hari dalam akaun emas
Jadi, kalau sahabat ada bajet RM 300, RM 200 atau RM 100 sekalipun sebulan, anda dah boleh simpan emas fizikal. Tak perlu tunggu bajet besar baru nak menyimpan. Gunakan konsep sedekah sebelum kaya. Risau dah kaya nanti tak bersedekah pun. Sama juga menyimpan emas. Tak tersimpan pun nanti kalau asyik menunggu. Risiko duit bocor tu lebih tinggi.
Baca sini: 12 kelebihan Akaun Emas Public Gold
Jika masih ada soalan, hubungi saya melalui WhatsApp di +60198884452. In shaa Allah saya bimbing sebaiknya.
Haji Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta
Soalan power ni! 🔥 Ok, saya jawab serius ya. Jawapan pendek: tak susah, tapi perlu…
Emas telah lama menjadi simbol kekayaan dan kestabilan kewangan. Hari ini, seorang pelanggan kami, Encik…
Soalan Lazim Tentang Public Gold (FAQ) Sepanjang 15 tahun menjadi pengedar rasmi Public Gold, berikut…
EMAS TIADA DIVIDEN?! INI SEBAB ANDA MASIH PERLU SIMPAN EMAS! Ramai yang bertanya, “Kenapa perlu…
Cara Melihat dan Mengira Harga Emas Semasa Dunia dan Malaysia Harga emas sentiasa berubah mengikut…
Harga Emas Malaysia dari Tahun 2000 hingga 2025 Harga emas dunia sentiasa mengalami perubahan berdasarkan…
This website uses cookies.
View Comments