Categories: Kisah Motivasi

Kenapa wanita lebih pandai menyimpan dan melabur berbanding lelaki?

Baru-baru ini kajian mendapati yang orang perempuan lebih pandai melabur  berbanding orang lelaki? Macam tak percaya pula kan?
Apakah faktor yang menyebabkan wanita lebih pandai melabur berbanding lelaki?
3 faktor tersebut ialah:
1. Lebih Pandai Bersabar
Ya, wanita lebih bersabar dan berhati-hati apabila membuat pilihan. Mereka lebih banyak mengkaji dan setelah persediaan rapi dibuat, barulah mereka membuat pelaburan sama ada dalam bidang hartanah, emas dan sebagainya.
Mereka juga lebih tenang dan tentunya tidak akan panik jika berlaku sesuatu krisis ekonomi.
2. Rendah Hati
Orang lelaki selalunya perasan yang mereka sudah mempunyai ilmu yang cukup, tapi sebenarnya tidak. Biasanya lelaki akan kecundang beberapa kali, sebelum mereka mula bangkit. Ini berkait rapat dengan sikap over confident orang lelaki.
Orang wanita pula lebih suka bertanya sana dan sini (kajian) dan memastikan ilmu betul-betul cukup sebelum melakukan sebarang tindakan. Pengalaman saya, wanita ni lebih berani bertanya..  –

‘En Hafizul, saya nak dapatkan ebook – nak faham tentang emas sebelum decide beli..”

3. Suka elak Risiko
Naluri wanita turut memainkan peranan, di mana wanita suka mengambil risiko yang lebih kurang berbanding lelaki. Wanita mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya dalam memilih pelaburan yang berisiko tinggi dan tetap setia dengan strategi mereka. Ini menunjukkan yang wanita mungkin terkebelakang sedikit dari segi keuntungan, tetapi wanita juga kurang rugi berbanding lelaki.
Kesimpulannya, tidak kiralah anda wanita atau pun lelaki – anda perlu mempunyai ilmu, mentor dan persediaan yang cukup sebelum memulakan sebarang langkah untuk membuat sebarang pelaburan.
Jadilah pelabur yang lebih bijak – jadilah seperti pelabur wanita!
Pengalaman HH: Kebanyakan penyimpan emas saya terdiri dari golongan wanita. Mereka gemar membaca, membuat penilaian teliti kemudian baru melabur emas. Soalan pula lebih bersifat security, lelaki pula gemar bertanya – berapa banyak dan berapa cepat untung 😉
Kredit: majalahlabur.com

Hafizul Hakim

Recent Posts

Set Dirham Perak Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

 11 April 2012 | 19 Jamadilawal 1422 Hijrah   Sebagai tanda menghargai warisan diraja dan…

3 days ago

Susah tak jadi dealer Public Gold? Macam mana nak berjaya laju dalam masa 12 bulan dapat sales RM1 juta

Soalan power ni! 🔥 Ok, saya jawab serius ya. Jawapan pendek: tak susah, tapi perlu…

6 months ago

Testimoni Pembelian Emas 1 Kilogram: Pilihan Bijak untuk Masa Depan

Emas telah lama menjadi simbol kekayaan dan kestabilan kewangan. Hari ini, seorang pelanggan kami, Encik…

7 months ago

Soalan Lazim Tentang Public Gold (FAQ)

Soalan Lazim Tentang Public Gold (FAQ) Sepanjang 15 tahun menjadi pengedar rasmi Public Gold, berikut…

7 months ago

Emas tiada dividen. Ini sebab kenapa majoriti orang kaya simpan emas!

EMAS TIADA DIVIDEN?! INI SEBAB ANDA MASIH PERLU SIMPAN EMAS! Ramai yang bertanya, “Kenapa perlu…

7 months ago

Bagaimana Mengira Harga Emas Dunia dan Malaysia?

Cara Melihat dan Mengira Harga Emas Semasa Dunia dan Malaysia  Harga emas sentiasa berubah mengikut…

8 months ago

This website uses cookies.