public-gold-logo-maroon
Tak mustahil RM5 untuk 1USD tahun ini?
Home » Tips Simpanan Emas  »  Tips Pelaburan Emas  »  Tak mustahil RM5 untuk 1USD tahun ini?
Tak mustahil RM5 untuk 1USD tahun ini?
Keratan akhbar bertarikh 6 December 2016 SHAH ALAM, 6 DIS: Bank Negara Malaysia (BNM) disarankan memikirkan langkah alternatif lain bagi mengelakkan nilai ringgit terus menjunam sekiranya langkah pengukuhan diambil tidak memberi kesan positif terhadap nilai mata wang negara itu. Mantan Timbalan BNM, Dr Rosli Yaakob berkata, sekiranya penyusutan ringgit berterusan, nilai ringgit bakal mencecah ke paras RM5 bagi setiap 1 dolar Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2017. “Kalau ringgit dalam keadaan sekarang dan BNM tidak mengambil langkah konkrit, BNM tidak cukup rizab untuk beli ringgit kemungkinan ringgit bergerak ke arah RM5 bagi 1 dolar. “Tetapi bila kita tak tahulah, mungkin dalam tempoh lima, enam bulan atau setahun akan datang. Sekarang pun dah RM4.44 bagi 1 dolar,” kata Dr Rosli ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini. Dalam pada itu,  faktor lain mendorong kejatuhan berterusan nilai ringgit adalah:
  1. Harga petroleum antarabangsa yang kekal di bawah paras 50 dolar AS setong sekaligus menyebabkan kebarangkalian untuk ringgit kembali kukuh adalah kecil.
  2. Jumlah hutang negara yang semakin tinggi dengan tanpa kawalan ketat turut menjejaskan ringgit ekoran semua transaksi bayaran hutang hanya boleh dibuat dalam mata wang asing seperti dolar AS atau mata wang asing lain sekaligus melemahkan ringgit. (Pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Federal reserve)
  3. Kelemahan ekonomi yang melanda Tanah Besar China sekarang
  4. Pasaran komoditi yang mengecut
“Inilah faktor yang boleh menyebabkan nilai ringgit ‘teruja’ dan bergerak ke arah RM5 sedolar, cuma masanya bila akan berlaku adakah dalam tempoh enam bulan, setahun kita tak tahu lagi,” katanya lagi. Terbaru, BNM mengumumkan langkah mengenakan peraturan baru yang berkuatkuasa semalam, pengeksport hanya boleh mengekalkan 25 peratus daripada hasil eksport mereka di dalam mata wang asing dan bakinya perlu ditukar dalam ringgit. Pengeksport mempunyai masa selama enam bulan untuk menukarnya kepada ringgit. ================================ Rekod tukaran USD kepada RM dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.
USD to RM terus merosot teruk. 
Andai kata benar RM akan terus merosot, impaknya sudah tentu ke atas NILAI simpanan wang kita. RM10,000 hari ini akan pasti tidak sama selepas itu. Angkanya saja sama tapi NILAI nya jauh berbeza. Salah satu cara untuk mengekalkan nilai wang kita pada masa sekarang adalah menukarkannya ke dalam bentuk emas fizikal. Dikala nilai duit kita merosot, nilai emas dlm jangka masa panjang meningkat tinggi. Nak tahu lebih lanjut tentang emas, sila scroll artikel dibawah. Jika nak beli emas Public Gold, hubungi saya di 019-888 4452. Insya Allah saya guide anda sampai faham.