Semua aset terikat kepada sesuatu, sesorang atau sistem tertentu. Sebagai contoh, saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat. Bon terikat kepada penerbitnya. Bahkan wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan. Tetapi emas berdiri sendiri kerana ia tidak terikat kepada aset kewangan lain. Emas tidak terikat kepada sesuatu, sesiapa atau apa-apa sistem.
Jadi ia adalah wang secara semulajadinya.
Tambahan lagi, ia tidak perlu kepada sebarang laporan, rekod atau geran pegangan. Tiada siapa peduli berapa banyak emas yang anda miliki. Jadi, jika anda tidak memberitahu (declare di facebook), tidak seorang pun akan tahu berapa banyak emas anda miliki!
Seterusnya, emas dapat dimiliki sepenuhnya dalam erti kata lain. Ini tidak mungkin berlaku kepada pelaburan seperti hartanah. Anda mungkin ingat anda memilikinya secara total, tapi cuba elak bayar cukai tanah selama beberapa tahun, baru anda tahu siapa sebenarnya empunya hartanah itu! Jawapannya adalah kerajaan!
"Beli emas, pastikan anda dapat emas!" #hafizulhakim
- Hafizul Hakim
- Master Dealer Public Gold (PG000839)
- HP: 019-8884452
- Facebook: Hafizul Hakim