Categories: Tips Simpanan Emas

Kenapa saya simpan emas sejak 10 tahun yang lepas. Baca sini.

“Hafizul, kenapa aku perlu nak simpan emas? Bukan tu barang orang perempuan ke? Kan susah nanti nak guna kalau dah tukar jadi jongkong emas.”

Begini sahabat semua. Kita simpan emas bukan macam kita beli ‘sport rim’ kereta. Bukan juga ‘feeling’ dia seolah baru lepas shopping. Dan takde orang beli emas sebab dia nak cepat kaya, ni kepercayaan tahyul.

Kalau korang anggap beli emas sebab nak kaya cepat. Ini salah!

Akan tetapi tujuan saya dan ramai orang simpan emas kerana ia adalah ‘sekuriti’ kepada value (nilai) duit kita. Cuba baca poin dibawah:

  • 20 tahun dahulu, dengan duit RM100,000 kita mampu beli sebuah rumah dua tingkat. Tapi dengan RM100,000 yang sama sekarang, korang mampu beli sebiji rumah? Memang tak lah.

Sebab harga rumah dah jauh lebih tinggi.

  • Tapi 20 tahun lepas harga segram emas lebih kurang RM30 segram. Jadi kalau aku tukarkan RM100,000 masa tu, ia bersamaan dengan 3.3 kilogram emas. Katakan dulu ko tak beli rumah, ko simpan aje 3.3 kilogram tu, agak-agak dapat tak beli rumah hari ini?

Okay mari kita kira.

  • 1 kilogram emas hari ini 11/7/2020 ialah RM263,392! Cuba darab 3.3 kilogram. Ia bersamaan dengan RM869,194! Boleh beli 2 buah rumah terus double storey.

Kuasa beli, kekal jika dalam bentuk emas. Tapi kalau dalam bentuk duit kertas, kuasa belinya pasti susut dimamah oleh inflasi.

Jadi, kos universiti anak, kos haji dan apa-apa kos yang di ukur dengan wang kertas, harganya tak akan kekal dan sama. Pasti makin meningkat dari masa ke semasa.

Formula saya pegang dari dulu, kalau dikira kos dalam gram emas, ia stabil dan kekal. Lihat saja harga kambing, dari zaman Rasulullah hingga ke hari ini masih 1 Dinar Emas.

  • Kos anak belajar hari ni, tukar jadi gram emas.
  • Kos beli rumah hari ini, tukar jadi gram emas.
  • Kos kahwin hari ini, tukar jadi gram emas

Insha Allah untuk tempoh 5, 10 atau 15 tahun akan datang ia tetap sama.

Jadi, perlu difahami – duit kertas dicipta hanya sebagai syarat transaksi pertukaran. Beli tomato, bayar pakai duit kertas. Kelemahan yang ada pada wang kertas, ia tidak dapat simpan kuasa beli dalam jangka masa yang panjang.

Begitulah.

Hafizul Hakim
Ingat Public Gold, Ingat Hafizul Hakim.

 

Artikel lain berkaitan:

  1. Bajet aku RM200 sebulan, apa emas sesuai dibeli.
  2. Akaun emas untuk saya bajet RM100 hingga RM200 sebulan. Dan tak simpan konsisten tiap bulan.
  3. Nilai wang makin susut disebab inflasi.
  4. Formula Hafizul simpan 100 gram emas untuk setiap anak.
  5. Apa beza beli emas jenama Public Gold berbanding syarikat lain
Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

Jade 4 Star Founder Master Dealer Public Gold

Recent Posts

Set Dirham Perak Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

 11 April 2012 | 19 Jamadilawal 1422 Hijrah   Sebagai tanda menghargai warisan diraja dan…

3 days ago

Susah tak jadi dealer Public Gold? Macam mana nak berjaya laju dalam masa 12 bulan dapat sales RM1 juta

Soalan power ni! 🔥 Ok, saya jawab serius ya. Jawapan pendek: tak susah, tapi perlu…

6 months ago

Testimoni Pembelian Emas 1 Kilogram: Pilihan Bijak untuk Masa Depan

Emas telah lama menjadi simbol kekayaan dan kestabilan kewangan. Hari ini, seorang pelanggan kami, Encik…

7 months ago

Soalan Lazim Tentang Public Gold (FAQ)

Soalan Lazim Tentang Public Gold (FAQ) Sepanjang 15 tahun menjadi pengedar rasmi Public Gold, berikut…

7 months ago

Emas tiada dividen. Ini sebab kenapa majoriti orang kaya simpan emas!

EMAS TIADA DIVIDEN?! INI SEBAB ANDA MASIH PERLU SIMPAN EMAS! Ramai yang bertanya, “Kenapa perlu…

7 months ago

Bagaimana Mengira Harga Emas Dunia dan Malaysia?

Cara Melihat dan Mengira Harga Emas Semasa Dunia dan Malaysia  Harga emas sentiasa berubah mengikut…

8 months ago

This website uses cookies.